HKJDPtLmcMg3qG2VmeWD46e-j88

Pesanan Penaja

Sunday 14 November 2010

KAJIAN TENTANG HUBUNGAN FIZIKAL DAN HAK-HAK LELAKI

Wednesday 3 November 2010

FOLLOWER BERTUAH:


                                                Syed Uthman Bfabb            Tn Hj Mohd Yusof     

Mereka adalah follower bertuah bagi blog Mencapai Kejayaan kerana mereka terpilih menerima wang tunai RM50 dan RM30. Undian telah dibuat secara rawak pada Oktober 2010 yang lepas.

Blog Mencapai Kejayaan di http://capaikejayaan.blogspot.com/ merupakan sebuah blog yang memaparkan pelbagai tips bagi kesejahteraan hidup. Sasaran pembaca bagi blog ini agak meluas bermula dari remaja sehingga dewasa dan usia emas tidak mengira jantina. Di antara artikel yang menarik perhatian ramai pengunjung ialah tentang seorang lelaki Negeri China yang hidup mencecah sehingga 256 tahun! Apakah amalan beliau sehingga umurnya begitu panjang sekali? 

Artikel yang bakal diterbitkan tidak lama lagi ialah cara menormalkan tekanan darah tinggi dengan mudah tanpa bersenam, memakan ubat atau berdiet. Posting mengenai petua pelik tetapi benar ini  (kerana telah dibuktikan keberkesanannya oleh beberapa buah universiti di Amerika) akan diterbitkan tidak lama lagi. Sila berkunjung dan menjadi follower kepada blog kesukaan ramai ini.

Admin     

Saturday 30 October 2010

FOLLOWER BERTUAH: TN HAJI MOHD YUSOF

Follower Bertuah: Tuan Haji Mohd Yusof
Pembaca setia Blog Mencapai Kejayaan
TAHNIAH!

Tuesday 19 October 2010

FOLLOWER BERTUAH BERIKUT : SILA HUBUNGI KAMI

Salam,

Diminta Follower bertuah yang telah memenangi saguhati wang tunai iaitu Tn Hj Mohd Yusof, Razy's dan Zenkintaro menghubungi pihak kami melalui mesej yang dihantar ke laman (klik di sini) bagi tujuan penyerahan saguhati berkenaan.

Kami mengalamai kesukaran untuk menghubungi anda. Sila bertindak segera.

Admin

Friday 1 October 2010

MANUSIA BOLEH HIDUP SEHINGGA 256 TAHUN?



Tahukah anda bahawa Li Ching-Yun, seorang profesor di sebuah  universiti di China merupakan seorang lelaki yang mempunyai rekod umur mencecah 256 tahun (1677 – 1933). Beliau ialah  penduduk tetap Wilayah Kaihslan, China. Pada ketika beliau berumur 200 tahun beliau hidup bersama dengan isteri ke 24 yang umurnya sudah mencecah 60 tahun. Beliau juga merupakan seorang  vegetarian, herbalis dan guru seni mempertahan diri.

Menurut laporan   S. Fred Strong (New York Times, May 6, 1933, p. 13), Apa yang cukup menghairankan ialah wajah Ching-Yun ini tetap kelihatan muda jauh berbeza dari rakannya yang 2 kurun lebih muda darinya. Mengikut kajian yang dijalankan sifat awet muda yang dialami oleh Ching-Yun ini banyak bergantung kepada sifat tenang sabar, amalan pemakanan vegetarian dan mengamalkan pengambilan akar ginseng dan fo-ti sebagai minuman teh.

Seperti yang diketahui terdapat pelbagai jenis akar ginseng seperti dari China, Rusia, Korea Utara, Jepun dan Amerika Utara.. Mengikut istilah Greek ginseng bermaksud “serba penyembuh”. Dikenali sejak penggunaan 7000 tahun dahulu, secara kebetulan pula akar ini berbentuk seperti tubuh seorang lelaki dan paling penting sekali ialah mempunyai kemampuan mengekalkan kesihatan keseluruhan serta dapat pula meningkatkan awet muda.  Selain dari faedah di atas ginseng mempunyai kemampuan untuk menangani masalah kesihatan seperti:  Hilang ingatan, kencing manis, kerisauan dan kemurungan, penuaan, masalah sistem pertahanan tubuh , menopause dan gangguan keletihan.



Fo-ti (Polygonum multiflorum) pula dikatakan dapat mengekalkan warna asal rambut seseorang. Juga ianya dapat mengekalkan kecerahan serta kelembutan kulit, kesihatan gigi dan juga kecergasan tubuh badan. Keberkesanan herba ini dikatakan bergantung kepada usianya sebab maka itulah Negeri China mengenali Fo-ti sebagai herba pengawet muda.

PENGUMUMAN RASMI: NAMA FOLLOWER YANG BAKAL MENERIMA WANG TUNAI

Salam,
Undian telah di isytihar pada jam 12.30 pagi 1 Oktober 2010. Berikut adalah nama Follower bernasib baik.
Penerima RM50 ialah Syed Uthman Bfabb, RM30 HAJI MOHD YUSOF, Penerima RM20 ialah Zenkintaro dan RM10 masing-masing bakal diterima oleh Aniz Ali dan Razy's Tahniah diucapkan. 

(Sila rujuk paparan video dari posting sebelum ini bagi menggambarkan proses pengundian)

KEPUTUSAN UNDIAN FOLLOWER BERTUAH

Wednesday 22 September 2010

FORMULA SEMULAJADI: KITA BANTU ORANG - ORANG BANTU KITA

 Bermasalah Kewangan?

Salam,

Pada suatu masa dulu, rakan saya pernah kesesakan wang dan apa yang baiknya tentang beliau ialah beliau tidak pernah henti berusaha dan tidak suka meminta-minta. Pada beliau orang yang memberi tetap lebih baik dari orang yang menerima, jadi beliau lebih suka memberi walau pun apa yang hendak diberi cumalah sedikit sumbangan. Kalau difikirkan-fikirkan, memang orang yang suka berderma sering mendapat rezeki. Amalan ini tidak boleh dinafikan keberkesanannya kerana agama juga memberi sokongan terhadap aktiviti berderma dan berzakat.

Berbalik kepada cerita tentang rakan tadi. Suatu hari beliau membawa seikat kertas ke rumah saya. Oleh kerana saya tidak pernah melihat rakan berkenaan membawa kertas seperti itu sebelum ini. Saya merasa hairan dan bertanya kepadanya " Kertas apa tu, banyaknya!?".

"Kertas sumbangan!  Nah bacalah sampelnya ni...." Balasnya pendek.

Saya pun membaca pernyataan yang ditulis di dalam kertas berkenaan. Rupa-rupanya ialah kertas mengajak komuniti yang dikenali hidup saling bantu membantu. Bagaimana caranya?

"Bantu yang macam mana ni? Bagaimana caranya?" Tingkah saya.

"Begini, kau ada RM50, kau dermakanlah kepada rakan-rakan yang memerlukan. Tapi, cara kau beri agak lain sikit. Kau kena beri kepada 5 orang. Jadi, seorang bakal dapat RM10. Rakan yang menerima sumbangan RM10 tu pulak kena ringan tangan dan memberi sumbangan juga sebanyak RM50 kepada 5 orang sahabat mereka yang difikirkan amat memerlukan. Jika proses ini diteruskan ke seluruh komuniti yang terlibat maka setiap ahli komuniti berkenaan akan dapat merasa bahagian masing-masing." Jelas rakan.

Ini ke skim cepat kaya yang sibuk dikatakan orang tu? Ramai yang telah dilesapkan duit mereka kerana keghairahan melabur. Rakan saya menjelaskan bahawa skim cepat kaya tu melibatkan pemberian modal dari individu yang hendak melaburkan duit mereka ke dalam satu bisnes yang tidak jelas potensinya. Kemudian sesiapa yang telah melabur pula mencari rakan kongsi baru dan pelabur berkenaan akan dapat bonus dan komisyen dari rangkaian yang dikembangkannya. Kemudian pelabur dijanjikan pulangan tinggi dalam jangkamasa singkat dan ianya berterusan selagi modal yang dilaburkan itu tidak dikeluarkan dari akaun pengendali. Apa yang menyedihkan ialah akhirnya kumpulan wang berjuta yang dilaburkan itu lesap begitu sahaja. Pengendalinya menghilangkan diri. Mungkin orang dari lapis pertama dan kedua merasa sedikit habuan keuntungan bagi menarik dan mempengaruhi rakan-rakan mereka untuk turut sama "membawa duit".

Rakan saya itu mengedarkan borang yang telah diisi dan mengeposnya kepada sesiapa kenalan yang dirasakan memerlukan bantuan. Apa yang hebatnya ialah beliau memasukkan RM10 ke dalam akaun penerima borang itu dan mendaftarkan nama penerima sumbangannya itu. Akibat tindakannya itu 5 orang rakan beliau secara tiba-tiba mendapat RM10 setiap orang. Oleh kerana gembira dan merasa bersyukur sangat maka rakan-rakan tadi mengulangi aktiviti yang sama dan memberi sumbangan mereka kepada rakan seterusnya. Habis apa yang bakal diterima oleh orang yang mendermakan wangnya itu?

Seperti kepercayaan rakan tadi bahawa orang yang memberi selalunya juga bakal menerima sumbangan orang lain. Tanpa disedari hampir setiap hari ada saja kemasukan RM10 ke dalam akaunnya yang telah dilakukan oleh orang yang tidak dikenalinya. Rezekinya bertambah setiap hari kerana ada orang lain yang memberi sumbangan ikhlas.

Beliau menekankan bahawa keikhlasan adalah kunci utama. Mungkin saja ada orang yang tidak meneruskan aktiviti memberi sumbangan dan rangkaiannya tidak berkembangan menjadi komuniti pemurah walau pun orang berkenaan telah menerima RM10 melalui akaunnya. Tetapi oleh kerana beliau memberi sumbangan kepada lebih dari 5 orang maka peluang untuk proses itu tersekat agak kecil. Jika proses seterusnya tersekat maka anggaplah ianya tidak menjadi rezeki. Masih ada rakan-rakan lain yang mungkin aktif menyumbang.

Baru-baru ini penulis menerima sebuah laman web yang agak hampir serupa aktivitinya dengan apa yang telah dilakukakan oleh rakan saya 20 tahun yang lalu. Kali ini pengendali web yang kreatif ini melaksanakan proses memberi sumbangan dengan menggunakan program komputer. Apa yang perlu dilakukan oleh pemberi sumbangan ialah mendaftar sebagai ahli komuniti dan mengisi borang elektronik nama-nama bakal penerima sumbangan. Penyumbang kemudiannya  memindahkan sumbangan melalui bank atas talian. RM10 disumbangkan kepada 5 akaun. Web berkenaan akan memaklumkan kepada penyumbang siapakah penerima sumbangan dan akan melapurkan geneokologi (ahli komuniti bawahannya) yang bersama dalam rangkaian sumbangan itu. Apa yang menarik ialah tiada langsung sumbangan yang terkumpul dalam mana-mana tabungan samada akaun pengendali atau akaun penyumbang. Semua sumbangan dipindahkan terus ke akaun penerima dengan selamat.

Nampaknya penggunaan ICT dalam proses memberi dan menerima sumbangan ini menjadi lebih pantas dan mudah. Jika seseorang itu mengalami masalah kesempitan kewangan insyaAllah sistem yang direka khas oleh pengaturcara komputer ini amat praktikal dan berkesan. Jika anda merasakan anda perlu menyumbang dan juga ingin menerima sumbangan bagi menyelesaikan permasalahan anda maka cubalah mendaftar sebagai pengguna VIP di dalam laman web seperti di dalam pautan  (link) ini. 

Thursday 16 September 2010

UMUR PANJANG SEHINGGA +250 TAHUN? SUKAR DIPERCAYAI

Berapa tahunkah umur terpanjang manusia moden? Percaya atau tidak ada manusia pernah mencapai umur sah 250+ tahun? Apakah petua untuk umur panjang yang diamalkan? Kesahihan laporan disahkan oleh institusi tertentu. Berita mengenainya BUKAN REKAAN! Kami akan hantar laporan berkenaannya melalui email anda secara percuma....... Cuma kami mohon jasa baik anda untuk mendaftar sebagai follower BLOG MENCAPAI KEJAYAAN melalui pautan di bawah. Anda berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM120 yang ditawarkan kepada follower bertuah. Undian akan dibuat pada penghujung Sept 2010. Cepat sementara tawaran masih terbuka.

Friday 10 September 2010

KANSER DAN PENAWAR SEMULAJADI YANG AMAT AJAIB


 Lokasi Sel-Sel Kanser
Kanser ialah  sejenis penyakit yang disebabkan oleh sebilangan sel yang berkembang secara diluar kawalan kebiasaan, menceroboh lapisan sel lain dan berkembang dengan cepat bagi menyebarkan ketidaktentuan tersebut.  Sifat agresif ini berbeza dengan ketumbuhan biasa yang tidak merebak. Ancaman ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dengan risiko yang lebih tinggi berkaitan dengan  peningkatan umur. 7.6 juta orang telah meninggal dunia disebabkan kanser pada tahun 2007.
Kanser disebabkan oleh transformasi sel dengan kerosakan kod genetiknya. Kerosakan ini mungkin disebabkan oleh bahan-bahan Karsinogen seperti tembakau, radiasi, bahan kimia dan agen-agen pembawanya. Mungkin juga ianya dibawa melalui kelainan kod DNA yang dibawa dari keturunan seseorang  yang kemudiannya berkombinasi dengan genom  yang akhirnya menyebabkan pelbagai komplikasi. Sel kanser mudah merebak kerana sel-sel rosak yang baru dihasilkan menjadi agresif akibat perubahan struktur gen yang kemudiannya menghancurkan sistem semulajadi penghalang pembentukan tumor.
Doktor mempunyai beberapa cara untuk membenteras masalah ini dan diantaranya ialah menggunakan radiasi, kemoterafi dan pembedahan.  Kemointevensi merupakan rawatan awal menggunakan bahan kimia tertentu namun semua rawatan berkenaan menyebabkan kesan-kesan  sampingan yang tidak diperlukan seperti muntah-muntah, keguguran rambut dan kehilangan berat yang drastik.
Sebelum ini 10 tahun lalu telah disahkan oleh kajian farmasi di Amerika bahawa mineral semulajadi Silenium dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak  46%, Kanser usus sebanyak 58% dan kanser prostat sebanyak 62%. Penemuan itu diisytiharkan setelah 7 tahun berlalu di dalam terbitan sebuah Jurnal of American Medical Association.
Penemuan terkini, lebih memeranjatkan dan disorok informasinya selama 7 tahun kerana pihak berkenaan (Syarikat farmasi  tertentu) cuba meniru suatu lagi bahan semulajadi yang begitu berkesan sekali di dalam mencegah dan merawat kanser.  Syarikat berkenaan sanggup membiarkan manusia di seluruh dunia ini mengidap kanser dan meninggal dunia kerananya. Menurut PBB (United Nation) tahun 2010 merupakan tahun malapetaka kanser yanh dahsyat.
Keajaiban bahan semulajadi ini ialah kehebatannya di dalam memerangi sel-sel kanser di dalam tubuh  dengan cara:
·         Memerangi sel-sel kanser tanpa menimbulkan kesan sampingan seperti muntah-muntah, keguguran rambut atau kehilangan berat secara mendadak.
·         Melindungi imunisasi tubuh dan mengelakkan jangkitan yang merbahaya
·         Pesakit merasa bertenaga dan sihat dalam tempoh rawatan
·         Meningkatkan tenaga  dan menambahbaik kesihatan keseluruhannya          
  
Pembentukan Sel Kanser
20 buah makmal farmakologi dari kumpulan Industri Perubatan Terbesar Amerika telah membuat kajian terperinci sejak tahun 1970 mengenai kesan ekstrak bahan tersebut dan mendapati hasil yang menakjubkan iaitu:
·         Mengesan dan membunuh 12 jenis sel kanser yang merbahaya termasuk kanser usus, buah dada, prostat, paru-paru dan penkrias.
·         Bahan berkenaan mempunyai kekuatan 10,000 kali dari bahan Adriamaisin yang digunakan di dalam intervensi kemotrafi
·         Ajaibnya bahan ini hanya mengesan dan membunuh sel-sel kanser sahaja dan tidak menyebabkan kemudharatan kepada sel-sel lain
Rahsia yang disorok ini telah dibocorkan oleh sekumpulan pakar yang bersimpati terhadap nasib para pesakit yang terdedah kepada risiko kematian. Saintis dan doktor prihatin  ini  membentuk kumpulan yang dinamakan Health Sciences Institute. Mereka sedar bahawa industri farmakologi besar mempunyai agenda tersendiri di dalam mencari keuntungan. Kesihatan merupakan industri yang melibatkan pelaburan berbilion dollars. Keputusan yang mereka buat lebih berorientasikan keuntungan daripada memikirkan persoalan penyembuhan yang sebenar.
Apabila mereka gagal meniru bahan yang terkandung di dalam tumbuhan semulajadi yang ajaib itu, mereka terus menyembunyikan faktanya bagi menyelamatkan pelaburan berbilion dollars yang telah mereka keluarkan bagi menghasilkan ubat-ubat sintetik yang sentiasa mempunyai kesan sampingan yang merbahaya apabila diberi kepada pesakit.
Apakah bahan ajaib ini? Adakah ianya boleh ditemui di Malaysia? Bahan ini datangnya dari pokok Graviola iaitu Pokok Durian Belanda! Amalan meminum dan memakan isi pokok ini adalah  suatu amalan yang amat baik. Jika kita mengamalkan mengambilnya secara kerap maka insyaAllah kita dijauhi dari dihinggapi oleh kemudharatan kanser. JIka seseorang telah mengidap kanser maka bahagian tumbuhan ini termasuk buahnya adalah penawar yang hebat yang akan membunuh sel-sel kanser berkenaan. 
  
Buah Durian Belanda

Seorang rakan saya (seorang kakitangan awam di sektor pendidikan) yang telah dihinggapi sel kanser di hidung sentiasa merasa loya dan kurus selepas diberi intervensi kemoterafi.  Gangguan fizikal ini berterusan walau pun rawatan kemotrafi telah berlalu. Tidak berapa lama selepas itu, beliau mengadu bahawa luas pandangan matanya agak terhad kerana bola matanya tidak boleh memandang ke sisi!
Ajaibnya, tidak lama selepas itu (3 minggu) , apabila saya baru ingin menyarankan kepada beliau agar meminum jus atau memakan buah durian belanda bagi merawat kanser maka beliau memberi respons “Oh..durian belanda! Saya meminumnya setiap hari sekarang ini” Apabila saya melihat fizikalnya maka tidak hairanlah tubuhnya telah sedikit sebanyak kembali kepada normal dan nampak jelas keceriaan di wajahnya tanda penyembuhan! Alhamdulillah.
Wallahualam
Sysalq

Tuesday 7 September 2010

PENYEMBUH KANSER

Harap bersabar. Artikel berkenaan akan diterbitkan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfirtri. Sila daftar diri (Sign up)  sebagai "follower" atau Pengikut blog ini agar semua artikel yang diterbitkan dihantar terus ke kotak email anda. Bertindaklah segera. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada rakan pembaca budiman. Semoga hari raya ini memberi keberkatan kepada kita semua.

Sysalq

Saturday 28 August 2010

KEGIGIHAN: "WORK SMART", MODAL RM50 MEMBERI HASIL LUMAYAN!


Salam,

Ada rakan yang bijak mencipta pelan perniagaan. Mereka gabungkan sistem pemasaran atas talian yang sangat canggih bagi  mempromosi  produk digital seperti eBOOK atau perisian komputer. Sistem berkenaan dapat mengurus rangkaian keahlian dengan cekap sehingga boleh mengesan butiran komuniti yang bersama mempromosi produk berkenaan. Hasil dari integrasi bijak ini maka wujudlah suatu peluang keemasan kepada sesiapa saja yang mempunyai modal RM50 sahaja bagi menjana peluang untuk menghasilkan potensi pendapatan yang tiada sempadannya. Inilah salah satu kaedah yang termasuk di dalam kategori "work smart" yang kali ini kita membiarkan teknologi bekerja untuk kita.

Jika rakan-rakan gigih, rajin dan istiqamah serta sanggup menggunakan sedikit masa berada di hadapan komputer untuk melakukan kerja-kerja promosi maka peluang terbuka luas. Kelebihan sistem ini ialah ianya memberi anda komisyen yang besar kepada rakan-rakan jika produk-produk yang ditawarkan dibeli oleh orang yang baru anda perkenalkan. Bukan sahaja anda mendapat hasil dari jualan eBook malah anda dapat pendapatan berganda jika memperkenalkan rakan-rakan baru untuk bersama dalam komuniti. Anda tidak perlu pergi ke mana-mana dalam usaha untuk mempromosi produk dan sistem ini anda cuma menumpukan sedikit masa di hadapan komputer.

Apa yang hebatnya ialah anda tidak perlu menunggu lama untuk menjadi ahli - semuanya online dan ianya automatik tanpa menunggu tangan-tangan manusia untuk menyemak pendaftaran anda. Setelah terdaftar maka secara automatik anda diberi satu laman web percuma yang dengannya anda boleh gunakan sebagai alat promosi di mana-mana lokasi dalam talian seperti di blog, Facebook, Twitter, Messenger, Email dan lain-lain.

Setelah anda mendaftar, sistem secara automatik mengatur kedudukan rakan-rakan bawahan yang anda perkenalkan dan yang menariknya ialah semua komisyen yang diperolehi adalah terus ke akaun anda tanpa singgah kepada akaun penaja. Ingat komisyennya cukup besar sehingga mencapai 100% dari harga jualan. Inilah yang dinamakan kerja dari rumah.

Begitu hebat sekali laman web pemasaran atas talian ini sehingga dewasa kini telah dikunjungi lebih dari 73000 pelawat dan setiap hari ramai yang mendaftar sebagai ahli berbayar. Adakah anda hendak melepaskan peluang keemasan ini? RM 50 adalah agak besar bagi sesetengah orang tetapi bayangkan jika ianya diuruskan dengan baik, anda akan meraih pendapatan yang hebat dari kegigihan anda sendiri. Jika anda berminat silalah ke pautannya di sini
   

Sunday 22 August 2010

AIR, MADU DAN KESIHATAN



Salam,

Minggu lepas iaitu sekitar pertengahan Ogos 2010, saya telah ke Hospital Tunku Tun Aminah di Johor Bahru kerana menemankan isteri untuk membuat pemeriksaan ulangan biasa. Setelah menghantarnya di pintu masuk poliklinik hospital tersebut, saya terus memandu untuk mendapatkan lokasi letak kereta dan saya terpaksa meletak kereta di tempat yang agak jauh. Dalam perjalanan untuk kembali ke klinik, saya telah ternampak seseorang.

Melalui renungannya saya seakan-akan mengenalinya tetapi saya tidak berapa pasti siapa. Apabila dia tersenyum dan menghulurkan tangan maka sahlah bahawa beliau sememangnya rakan yang bertugas sebagai pemandu teksi di Ulu Tiram.  Ulu Tiram merupakan tempat saya berkerja tidak lama dulu dan beliau ini adalah merupakan salah seorang yang selalu menghantar saya ke Johor Bahru jika saya hendak ke sana. Saya amat hairan apabila melihat perubahan yang telah berlaku kepadanya. Beliau kelihatan begitu kurus jauh berbeza dengan susuk tubuhnya dahulu.

"Memang saya kurus. Saya mengidap penyakit buah pinggang sejak beberapa tahun dan berulang untuk melakukan dialisis" Saya amat bersimpati terhadap apa yang telah dilaluinya. Sering kali apabila saya berjumpa dengan pesakit buah pinggang saya akan mendapati mereka agak kurus dan pucat walau pun ada juga yang kulit mereka berubah menjadi gelap.

Saya cuba mendapatkan cerita dari rakan tersebut tentang bagaimana beliau merasakan beliau telah mengidap penyakit tersebut. Beliau menjelaskan "Pada suatu masa dulu saya tiba-tiba mendapati kaki dan muka saya menjadi sembab dan saya juga mengalami masalah sukar kencing, apabila membuat pemeriksaan doktor saya telah  diberitahu bahawa buah pinggang saya telah mengalami kerosakan ". Saya teringat kepada beberapa kes penyakit seperti ini yang melibatkan bengkak dan sembab pada anggota badan. Seorang rakan saya yang baru saja meninggal dunia juga telah mengalami masalah yang sama. Ibu mertua saya juga mengalami gangguan berkenaan. Jadi para pembaca, berhati-hatilah jika ada bahagian tubuh badan kita yang mengalami bengkak atau sembab. Ada kemungkinan ianya berpunca dari kerosakan dan gangguan buah pinggang.

Rakan saya menambah, "Saya telah mengidap kencing manis dan darah tinggi sejak 10 tahun yang lalu dan kerap datang ke hospital untuk mengambil pil-pil   dan saya sentiasa patuh untuk mengambil ubat tersebut mengikut jadual".

Begitu juga ibu mertua dan Allahyarham ayahenda saya yang begitu patuh mengikuti  jadual pemakanan ubat kencing manis dan darah tinggi. Ibu mertua saya mengambil hampir 20 biji sehari sejak beberapa lama dahulu. Tiada sesiapa yang berani berhenti mengambilnya kerana para doktor sering menasihatkan bahawa ubat berkenaan mesti diambil sehingga bila-bila (sehingga ke akhir hayat?).

Apa yang menyedihkan ialah hampir kebanyakan pesakit kencing manis dan darah tinggi memang terus mengambil ubat tersebut hingga ke akhir hayat. Mereka terus memakannya, namun penyakitnya bukan semakin pulih malah kesihatan masing-masing semakin merosot yang akhirnya menyebabkan kegagalan buah pinggang yang amat kronik. Tidak kurang yang kaki mereka terpaksa dipotong walau pun telah mengambil ubat kencing manis sejak sekian lama. Jika difikir-fikirkan apakah gunanya kita mengambil ubat sedemikian dan ubat berkenaan tidak membantu apa-apa dalam mengembalikan kesihatan kita?

Saya pernah menonton penerangan seorang doktor dari Singapura (tidak ingat siapa) yang menyatakan dengan hanya meminum banyak air  kita dapat membantu memulihkan keadaan buah pinggang yang terganggu diperingkat awal. Amalan itu hendaklah dilaksanakan dengan istiqamah. Di Jepun pula, satu kajian oleh pakar di sana telah menunjukkan bahawa amalan meminum air masak setiap pagi iaitu ketika sebelum berkumor dan menggosok gigi boleh membuahkan sesuatu yang positif. Mereka dapat membentuk jadual prosedur perbandingan jumlah air dan tempoh amalannya dengan penyakit apa yang dapat disembuhkan termasuklah kecing manis dan darah tinggi.

Percaya atau tidak bahawa kebanyakan gangguan tubuh adalah disebabkan kekeringan dan kekurangan air dan oksigen. Faktanya telah diamati oleh seorang doktor yang dipenjara pada masa perang di Iraq. Oleh kerana tiada sebarang ubat untuk diberi kepada sesiapa maka doktor berkenaan hanya menggunakan air sebagai bahan penyembuh. Menurut beliau seseorang yang kekeringan tubuh badannya boleh mendapat gangguan mental termasuk stres dan bertolak dari itu ianya boleh menular kepada migrain. Doktor ini juga mengubat pesakit iaitu rakan-rakan banduannya dengan hanya memberi mereka air dan jumlah air yang diberi bergantung kepada gangguang yang dihadapi. Pelbagai penyakit telah dirawati dengan jayanya termasuklah gangguan cika perut (sakit perut). Saya sendiri tidak lagi gemar mengambil Panadol jika terdapat gangguan pening kepada, saya cuma meminum air sebanyak 3 gelas. Selepas itu saya akan rasakan penurunan gangguan pening berkenaan secara perlahan-lahan.

Dalam sebuah buku yang menuliskan tentang pengalaman banduan bertaraf doktor berkenaan,  pengarangnya menyatakan bahawa industri perubatan telah melibatkan suatu jumlah transaksi yang amat besar sehingga mencapai "Trilion Dollars". Semua kilang dan industri, unit pemasaran, bahagian R&D mereka mempunyai kemewahan besar yang keuntungannya sentiasa dikongsi bersama.  Setiap sektor yang terlibat saling sokong menyokong sehingga ianya sampai kepada peringkat akar umbi, Bayangkan jika seorang doktor  berkata kepada pesakitnya "Jangan berhenti makan ubat ini sampai bila-bila!" Adakah pesakit berani untuk berhenti mengambilnya? Oleh kerana produk yang dihasilkan terus dambil oleh pelanggannya sampai bila-bila maka industri berkenaan akan berkekalan sampai bila-bila walau pun ianya tidak membantu kearah penyembuhan gangguan kesihatan  yang dihidapi oleh mereka. Saya belum menyentuh bagaimana industri dialisis memberi pendapatan lumayan kepada sesetengah usahawan dari kalangan doktor?

Saya sendiri ialah seorang yang dikatakan sebagai pengidap darah tinggi kerana tekanan melebihi normal. Saya diminta mengambil ubat tertentu mengikut jadual. Walau pun saya mengambilnya, gangguan seperti pening kepala masih juga berlaku. Apabila saya mendapati bahawa air boleh membantu mengurangkan tekanan maka saya meninggalkan amalan mengambil pil berkenaan dan bertukar kepada amalan meminum air kerap dan banyak. Berkaitan dengan air ini, kajian yang dibuat di sebuah universiti di barat bahawa air kelapa dapat membantu dalam menurunkan tekanan darah malah ianya merupakan penawar yang mujarab. Kajian dilakukan dengan memberi minuman air kelapa muda kepada sekumpulan orang dan membandingkan hasil kajian dengan kumpulan lain yang diberikan air biasa. Didapati subjek yang meminum air kelapa mengalami penurunan tekanan darah yang amat ketara.

Selain dari mengamalkan meminum air masak dan air kelapa, saya juga telah mula mengamalkan meminum sesudu kecil madu untuk diambil pada waktu subuh. Madu memang terkenal dengan fungsi perubatannya kerana ianya terdiri dari pelbagai protin, vitamin dan mineral dan lain-lain yang dibawa oleh lebah dari beratus-ratus bunga-bungaan yang berkhasiat. Saya tidak mengambil madu lebah peliharaan, tetapi saya mendapatkan bekalan "Madu Tualang" dari hutan Pahang. Madu Tualang ialah madu yang diambil dari pokok hutan yang tinggi. Lebah di kawasan ini mengumpul debunga dari pokok hutan yang amat berkhasiat.

Jika kita mengamalkan pengambilan air yang banyak termasuk air kelapa dan mengamalkan meminum madu pula maka isnyaAllah kesihatan biologi kita akan menjadi lebih baik berbanding dengan pengambilan bahan-bahan yang menyebabkan kesan sampingan yang parah.

Ada bahagian lain yang saya tidak dapat tuliskan kerana melibatkan kandungan yang panjang. Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana air dan air beroksigen menjadi penawar yang hebat sehingga menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kanser, maka ikutilah pautan di sini 

Wednesday 11 August 2010

RAMADHAN: SABAR MENUJU KEJAYAAN

 Foto Hiasan
Salam,

Satu kajian telah dijalankan di sebuah universiti negara barat di mana  sekumpulan kanak-kanak telah diberikan gula kapas yang diletak di atas meja masing-masing. Fasitator ujian berkenaan meminta semua kanak-kanak untuk tidak menyentuh apa lagi memakan gula-gula tersebut. Jika mereka mengikut arahan dan bersabar maka mereka akan diberikan hadiah berupa gula kapas yang dua kali ganda banyaknya. Fasilitator kemudiannya meninggalkan bilik untuk melihat gelagat setiap kanak-kanak melalui kamera tersembunyi.

Didapati bahawa sejurus selepas pengkaji itu keluar bilik maka ramai kanak-kanak yang terus memakan gula berkenaan. Ada juga yang sabar sediki untuk menunggu beberapa minit dan kemudian memakannya. Terdapat kanak-kanak yang sangat sabar dan tidak memakannya dan menunggu sehingga fasilitator kembali menemui mereka. Bagi mengesahkan komitment maka kanak-kanak yang dapat bertahan telah diberikan gula-gula seperti yang telah dijanjikan.

Tidak setakat itu sahaja, latar belakang dan sikap kanak-kanak sabar ini dikaji dan didapati mereka kerap berjaya di dalam bidang yang ditempuhi berbanding dengan kanak-kanak lain. Kemudiannya, pengkaji ini telah memeriksan data latar belakang orang-orang yang berjaya di dalam hidup mereka terutama di dalam bidang akademik adalah merupakan seorang kanak-kanak yang amat tekun dan penyabar semasa kecilnya.

Jika demikian keadaannya maka, kajian ini telah membuktikan apa yang telah dinyatakan di dalam hadith Rasulullah bahawa "Sabar itu separuh dari Iman", manakala Al-Quran kerap menunjukkan bahawa seseorang yang beriman sebenarnya menempah kejayaan di dunia dan akhirat. Kejayaan di dalam perspektif Islam bukan bermakna kejayaan akademik semata-mata kerana ada dari kalangan mereka yang berkelulusan tinggi tetapi gagal di dalam hidup. Tidak kurang mereka yang berijazah tetapi terus menganggur akibat sikap yang tidak sesuai dengan kehendak organisasi.

Kesabaran adalah amat penting di dalam memperteguhkan iman kerana penghayatan sifat berkenaan memberi perspektif bahawa kita ikhlas dengan taqdir Tuhan. Kita bukan terdiri dari orang yang "bergulut" untuk mengejar sesuatu, atau orang yang kelam-kabut takut kerugian. Jika kita sabar otot-otot tubuh badan kita menjadi "relax" sehingga tidak langsung kelihatan kerut-kerut di dahi tanda "probematik".

Bulan Puasa Ramadhan ini merupakan bulan kita berlatih untuk mempertingkat darjah kesabaran dengan berpuasa makan minum, rangsangan dan minda. Mudah-mudahan Allah naikkan darjat kita kepada mereka yang mudah menuju kejayaan di dunia dan akhirat.

Wallahualam
Sysalq

Tuesday 22 June 2010

BUDAK-BUDAK TAP (Usahawan Teknoprenuer)

 "Sebahagian dari Budak-budak TAP bergambar dengan Bos MdeC"

Salam,
Budak-budak TAP, itulah gelaran yang penulis berikan kepada rakan-rakan hebat yang berumur sekitar awal atau pertengahan 20han yang bersama-sama menghadiri pelbagai program yang dianjurkan oleh Multimedia Development Coorporation (MDeC). TAP bermaksud Technoprenuer Acedamy Program, suatu pakej program yang dicetuskan oleh MdeC sebuah jabatan di bawah MSC (Multimedia Supercoridor).

"Siapa yang tidak kenal MSC?" Satu entiti yang mempromosi teknologi ICT yang terkemuka di seluruh dunia bertempat di Malaysia. MSC merupakan salah satu pemacu ekonomi Malaysia di dalam bidang teknologi.

Budak-budak TAP - mereka telah diberikan kursus berkaitan dengan penghasilan produk kreatif dan inovatif  dan diberi tugasan untuk merangka "business model", jadual perlaksanaan (timeline) produk dan jangkaan keperluan bantuan. Ketika hendak mendapatkan bantuan berkenaan mereka terpaksa membuat pembentangan sebanyak dua kali di hadapan ahli panel profesional. Pembentangan pertama adalah merupakan sesi selama 15 minit dengan sesi soal jawab selama setengah jam. Setelah berjaya melepasi ujian hebat tersebut, jika melepasi standard tertentu maka mereka dijemput pula untuk memperbaiki persembahan dan menyampaikannya sekali lagi pada "pitch session" yang mahukan persembahan perancangan perniagaan selama 5 minit sahaja dengan sesi soal jawab yang lebih kritikal. Persembahan kedua itu dijalankan di ibu pejabat MDeC di Universiti Multimedia, Cyberjaya.


"Rik: Antara Sifu penting bagi Budak-budak TAP"

Kumpulan budak-budak yang dimaksudkan  ini juga, adalah merupakan kalangan pemuda dan pemudi yang mempunyai idea berkaitan ICT yang  bombastik. Mereka diminta menubuhkan syarikat sendirian berhad yang kemudiaannya dibantu oleh MDeC untuk memulakan operasi penghasilan prototaip produk. Mereka melakukan "brainstorming" bagi mencetuskan konsep dan idea bagi merekacipta suatu prototaip produk yang bakal meletup di pasaran ICT. Pihak kerajaan melalui MDeC bukan sahaja memastikan bahawa bantuan yang diberikan akan membolehkan prototaip dihasilkan dalam jangkamasa 1 tahun, malah menyediakan konsultan di dalam bidang perniagaan yang turut sama membantu mereka bagi membolehkan produk berkenaan masuk ke pasaran. Selain dari itu mereka juga dibimbing dari segi pengurusan perniagaan agar membolehkan syarikat yang telah ditubuhkan oleh mereka bergerak mengikut lunas-lunas yang menepati budaya perniagaan yang sebenar.

Penulis tidak dapat memperincikan apakah prototaip produk yang bakal dihasilkan kerana ianya mlibatkan faktor kerahsiaan dan perundangan. Apa yang dapat disimpulkan ialah jenis produk yang dihasilkan ialah bersifat kreatif dan inovatif. Adakah anda juga seorang yang kreatif dan inovatif?

Saturday 19 June 2010

BISNES MENJUAL INFOBIZ



Salam,
Pada satu hari di sekitar tahun 70 han,  penulis telah membeli sebuah buku yang cukup menarik di Central Store Johor Bahru. Pada masa itu kedai buku ini merupakan salah satu kedai menjual buku,majalah dan alatulis yang sentiasa dikunjungi orang.

Buku berkenaan menceritakan bagaimana kita boleh berjaya dalam bidang perniagaan dengan menggunakan Sistem Pos. Apa yang menarik ialah kehebatan penulisnya yang sering menunjukkan kebenaran dakwaannya itu melalui pelbagai statistik. Beliau dapat menunjukkan bahawa perniagaan melalui pos ialah suatu perniagaan paling berjaya di Amerika. Menurutnya seorang yang ingin menceburkan diri di dalam perniagaan ini tidak memerlukan kedai atau ruang pejabat tetapi boleh bermula dari rumah sahaja. Buku berkenaan memberi panduan dan tip-tip yang boleh diikuti di dalam menjayakan sistem perniagaan melalui pos.

Apa yang menarik ialah, penulis pada waktu itu baru sahaja menamatkan penulisan sebuah buku berjudul "Bagaimana mendapatkan dan memenangi hati kawan!". Tajuk buku berkenaan mengambil sempena buku oleh Dale Carnergie berjudul "How to Win Friends and Influence People"  Siapa yang tidak kenal Dale yang merupakan seorang pakar dalam bidang Motivasi dan Kemasyarakatan?

Buku  tulisan dan terbitan sulung  itu penulis mulanya dijual melalui sistem pos dengan bantuan seorang sahabat yang tertarik dengan idea di atas . Selain dari itu, penulis juga meletaknya untuk dijual secara konsainmen di kedai-kedai di sekitar Johor Bahru. Badan Book Store (Badan Cemerlang - pada masa ini) merupakan kedai buku yang telah menjual sebanyak 50 naskah dalam masa 2 minggu! Penulis merasa bangga kerana ada juga orang hendak membaca tulisan pertama ini. Jadi bertolak dari menjual secara pos, penulis juga berjaya menjualnya secara biasa. Apa yang menariknya dan mengejutkan ialah ada seorang gadis yang ingin berjumpa penulis untuk berbincang mengenai dirinya yang mempunyai masalah untuk mengambil perhatian rakan setelah membaca iklan di akhbar mengenai buku ini. Dia menyangka bahawa penulis juga ada memberi "coaching' secara peribadi!

Pokok bicara di sini ialah, semua yang terlibat di atas termasuk penulis sedang 'menjual' apa yang dinamakan dengan "infobiz". Infobiz bermaksud "Info" iaitu maklumat dan "biz" bermaksud  "business" atau bisnes. Menjual infobiz bermakna menjual maklumat tentang "cara" atau "teknik" untuk membuat bisnes. Penulis buku pertama menjual cara buat bisnes kaedah pos, Dale dan penulis (Sysalq)  menjual cara mempengaruhi untuk mendapatkan kawan dan mempengaruhi mereka melalui buku yang dijual.  Semuanya termasuk dalam kumpulan menjual "teknik", "How to" atau "Bagaimana".

Di Youtube, ada banyak video yang berjudul "How to" yang dimuatnaik oleh pengunjungnya.Jika kita melakukan "search" maka pelbagai "How to" yang akan dipaparkan. Video semudah "bagaimana memasukkan telur ke dalam botol" sehingga kepada "bagaimana mengintip perbualan telefon mudah alih" ada dipaparkan. Video berkenaan boleh menghasilkan pendapatan jika di terbitkan di loaksi yang tepat. Begitu juga artikel di dalam akhbar, majalah dan buku-buku.


Manusia mempunyai perasaan ingin tahu. Mereka sentiasa ingin membetulkan orientasi perspektif mereka bagi menfaat diri masing-masing selain dari untuk tidak ketinggalan. Mereka meneroka alat-alat yang boleh menghubungkan minda mereka dengan informasi. Maka sebab itulah buku-buku, akhbar,majalah dan dewasa kini internet sangat diminati oleh hampir setiap orang. Di kolej dan Universiti ianya menjadi "jantung" kepada kehidupan harian warganya! Malah institusi berkenaan merupakan entiti yang sentiasa kerjanya 'menjual' informasi mengenai "how to!!!"

Kenapa tidak kita menjadi sebahagian dari individu yang terlibat untuk menawarkan informasi kepada golognan sasaran dan menghasilkan pendapatan.  Belum cuba, belum tahu!

Thursday 17 June 2010

AZAM: KEAJAIBAN MINDA



Salam,
Dalam satu kelas "kawalan minda" (Mind Control) yang dijalankan oleh Jose Silva, setiap pelajar diberi sekeping kertas yang terdapat rajah bentuk seluruh tubuh manusia. Hampir dikebanyakan bahagian rajah tersebut dicetak rajah bulatan untuk menunjukkan kawasan tertentu. Murid diberi masa beberapa minit untuk bermeditasi dan kemudiannya menandakan satu atau lebih kawasan bulatan yang dirasakan betul. Sebenarnya mereka sedang mengesan penyakit bagi seseorang yang berada jauh dari kelas tersebut. Apa yang anihnya ialah majoriti pelajar menunjukkan kawasan yang hampir sama walau pun mereka tidak pernah berbincang mengenai perkara ini. Apabila subjek eksperimen dihubungi, didapati kawasan pengesanan yang telah mereka tanda adalah tidak menghampakan dan ianya bertepatan dengan apa yang dialami oleh subjek berkenaan.

Sebelum itu, institut yang dikendali oleh Jose Silva telah melatih pelajar tadi untuk belajar merehatkan tubuh dan menjadikan minda mereka lebih sensitif, "sadar" dan tenang. Menurut Jose Silva bila kita dalam keadaan tafakur (bermeditasi) kita sebenarnya berada dalam keadaan antara tidur dan jaga persis waktu pagi sebelum kita hendak terjaga dari tidur (Peringkat Gelombang Otak Alfa). Pada waktu itu, tubuh kita cukup rehat dan minda kita cukup cergas. Kita boleh membayangkan lokasi di luar tubuh kita tanpa melihat dengan mata. Jadi Silva telah melatih pelajarnya untuk berada dalam keadaan sedemikian secara automatik pada lokasi dan masa yang diperlukan.

Teknik mengesan penyakit dengan menggunakan minda dari jarak jauh adalah merupakan teknik yang agak mendalam. Mereka dikatakan menggunakan kemahiran telepati. Teori disebalik eksperimen ini ialah bahawa otak manusia merupakan organ yang mengeluarkan gelombang elektromagnetik yang boleh berhubung antara satu dengan lainnya tanpa mengira jarak.

Satu lagi eksperimen yang terdapat di dalam kajian mereka ialah bagaimana ditunjukkan bahawa sekumpulan pemain bola keranjang dapat bermain lebih hebat hanya kerana mereka berlatih secara minda semata-mata. Mereka tidak turun kegelanggang tetapi sebaliknya duduk bermeditasi sambil membayangkan mereka sedang melakukan latihan dengan penuh yakin dan bersemangat. Sekumpulan pelajar lain yang kalah dalam pertandingan dengan pelajar tadi sebelumnya pula disuruh berlatih seperti biasa digelanggang! Azam dan Keyakinan yang sangat hebat memberi impak yang cukup ketara kepada kumpulan pertama itu!

Jika kita hendak kaitkan pula dengan perkara yang hampir serupa dengan fenomena yang telah dibincangkan itu tadi ialah dalam teknik mempelajari seni mempertahankan diri. Seni mempertahankan diri bagi kebanyakan kaum di dunia ini mengajar pelajar seniornya dengan teknik meditasi atau bertapa. Aktiviti berkenaan membolehkan minda masing-masing individu mengarahkan semua otot badannya menjadi 'kebal' dan tahan dari sakit. Mereka juga meyakini diri mereka akan menjadi tangkas dan hebat ketika bertempur. Semasa bertafakur pelajar disuruh menghayati beberapa ayat pengukuhan yang dihafal tidak kiralah dalam bahasa apa sekali pun. Selepas itu "Minda Bawah Sedar" mengambil alih tugasan dalam pertempuran!

Bagi mendapatkan kejayaan di dalam pelbagai urusan hidup kita perlu "memerintah tubuh badan kita" agar akur dan selari dengan kehendak minda kita. Jika kita mempunyai sedikit sebanyak ilmu sebegini kita lebih mudah menghadapi situasi yang mencabar yang berada di sekeliling kita. Ilmu berkaitan dengan "Minda Bawah Sedar"(Subconsious Mind) atau ilmu bagaimana mencetuskan gelombang otak Alfa memang ada ditawarkan oleh sesetengah pakar bahagian itu. Cubalah belajar mengenai nya.

Wednesday 16 June 2010

BERHATI-HATI DALAM URUSAN PERNIAGAAN



Salam,
"Aku dah rugi hampir RM160,000. Pelbagai jenis perniagaan aku dah cuba tapi gagal. Dalam pada tu ada pula sipenipu yang melesapkan duit aku..apalah nak jadi dengan nasib aku" Keluh seorang sahabat.

" Aku pun ada pengalaman kena tipu dengan dalam perniagaan. Upline aku suruh masuk perniagaan multi-level yang memerlukan aku keluar modal berjumlah RM10,000. Dia pulak kemudiannya suruh aku cari downline untuk beli secara produk pakej dan terus jadi agen rasmi. Akhirnya syarikat berkenaan menghilang!" Sampuk seorang sahabat yang mempunyai pengalaman sedih dalam bidang perniagaan khususnya multi-level.

Tiba-tiba rakan ketiga yang kebetulan ada bersama menyampuk sambil tersenyum.

"Wahai kawan, kalau belum kena tipu, belum merasa rugi tu..kira belum banyak pengalaman dalam perniagaan. Aku pernah kena tipu RM700,000! Bila orang tahu kita ada duit, mereka serbu kita dan buat macam-macam proposal yang akhirnya melesapkan duit kita".

Mendengar penerangan rakan ketiga itu membuatkan semuanya ternganga kerana tercengang. Mereka hairan melihat keadaan rakan ketiga itu walau pun telah kena tipu sebanyak itu masih boleh tersenyum.Mereka ingin bertanya bagaimana rakan ketiga itu berkehidupan selepas peristiwa itu.

"Kita kena tabahlah, usaha balik sehingga kita naik semula. Sekarang ni aku dah mula projek bernilai RM2 Billion untuk membuka ladang ayam halal untuk pasaran eksport! Yang pentingnya sebagai usahawan kita jangan patah semangat"

Begitulah jika kita terlibat dengan dunia perniagaan. Aspek yang dilihat orang ialah orang berniaga berpotensi jadi kaya tetapi tidak melihat dugaan dan cabaran seperti yang dibincangkan tadi.

Merujuk kepada penipuan dalam perniagaan, penulis ingin menasihatkan agar kita semua lebih berhati-hati. Dewasa kini banyak jenis perniagaan yang mempengaruh pelanggan dengan memanupulasi kepercayaan dan dengan menggunakan fakta sains palsu (pseudoscience). Penulis pernah tertarik kepada 'penemuan saintifik Dr Emoto' dari Jepun yang menulis tentang air. Mengikut kajiannya, didapati molekul air bertindakbalas dengan semua rangsangan luar terhadapnya yang memberikan suatu pengharapan tentang kegunaan air dalam konteks kesihatan. 'Penemuan' ini sangat popular sehingga diangkat oleh kebanyakan orang sebagai sesuatu yang baru dan menakjubkan. Ahli agama mengaitkan 'penemuan' tersebut dengan pelbagai teori agama masing-masing sehingga mempengaruhi pengikut mereka. Tidak kurang yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan penghasilan kewangan dari kepercayaan tentang isikandungan 'penemuan' itu.

Apabila diselidiki secara mendalam oleh pakar, didapati ujian yang dilakukan oleh Dr Emoto ini bukannya ujian saintifik tulen yang boleh dipertanggung-jawabkan dengan nilai ujian secara statistik. Bila dikaji lagi oleh Gary Greenberg (seorang saintis) di dapati Dr Emoto ini pula hanyalah merupakan seorang yang mendapat gelaran doktor dari sebuah universiti terbuka di India dimana kos untuk mendapatkan ijazah kedoktorannya hanyalah RM350!

Berikut ialah komen Gary:

"As a scientist, I was astonished. It didn’t surprise me that I couldn’t find any scientific experiments [Emoto] has performed or any peer-reviewed journal articles that have been published describing controlled studies of Emoto’s work. A further search revealed that Emoto’s degree was from the Open International University in India, where an M.D. degree costs $500 and a Ph.D. costs $350, no classes or tests required."

Apa yang amat membimbangkan ialah kesan dari 'penemuan Dr Emoto' itu terus digunakan pula oleh orang lain untuk mengaut keuntungan baik dalam soal produk fizikal mahu pun dalam ceramah-ceramah agama dan motivasi. Ramai yang telah dan akan terus terpedaya!

Cerita terbaru tentang suatu produk yang  menggunakan konsep 'Dr Emoto' ini ialah "biodisc".  Ramai orang telah terpengaruh dan terpedaya dengan 'keberkesanannya' walau pun pihak yang mengeluar dan mengedar tidak memberi sebarang jaminan tentang keberkesananya. Menurut Sze Zeng (blogger) ramai yang telah menggunakannya termasuk dirinya tetapi tiada apa perubahan berlaku dari segi kesihatan. Menurutnya jika produk itu cukup hebat mengapa tidak ianya dijual dipasaran terbuka seperti viagra tanpa melalui sistem multi-level?  Juga, mengapa tiada jaminan keberkesanan dan pemulangan jika gagal menunjukkan sebarang kesan?

Penulis mengajak pembaca merujuk kepada posting yang berjudul Amezcua Bio Disc di blog Sze Zeng untuk mendapatkan informasi penting berkaitan dengan kepalsuan dakwaan keberkesananya.

Jadi kesimpulannya, di dalam proses dan perjalanan menuju kejayaan melalui perniagaan terutamanya maka sentiasalah berhati-hati. Jika tidak yakin dengan sesuatu maka selidik betul-betul dan elakkan dari terus tertipu!

Wassalam

Monday 14 June 2010

IDEA: REZEKI PADA PERINGKAT AWAL

 Neil, berjaya memenfaatkan idea untuk menjadi sumber rezeki

Salam,
Idea yang Allah beri sebenarnya ialah merupakan rezeki pada peringkat awal pembangunan sesuatu produk. Apabila telah menjadi nyata dan memberi penghasilan dan nilai tambah ekonomi maka idea berkenaan telah berjaya diterjemah sebagai rezeki yang telah dimenfaat sepenuhnya.Ada unsur "kesyukuran" seperti dalam konteks posting terdahulu mengenai kesyukuran.   

Seorang rakan saya mempunyai bakat melukis grafik di atas medium yang jarang diguna orang untuk melukis atau membuat sketch. Dia menggunakan kertas tisu! Pelbagai tisu digunakan dan idea untuk mencoret grafitinya itu ialah secara spontan. Ideanya mencurah-curah dan dia sentiasa berjaya menterjemah idea berkenaan di atas kertas tisu.

Neil nama gelarannya,  mempunyai latar belakang sebagai artis multimedia dan berkebolehan pula di dalam bidang dekorasi dalaman. Namun demikian idea melukis di atas kertas yang satu itu merupakan idea yang penulis rasakan amat unik. Bukan mudah untuk menghasilkan grafiti atau grafik di atas kertas selembut kertas tisu kerana ianya mudah koyak apabila dibasahkan dengan dakwat. Di sinilah letaknya keistimewaan Neil.

Neil memuatnaik sketch atau grafik yang telah dilukiskan itu hanya pada mulanya sebagai suka-suka. Penulis sebagai rakan beliau  nampak aktiviti berkenaan boleh pergi lebih jauh lagi jika dia mempunyai banyak lukisan dan rakan-rakan yang boleh membentuk "interest group". Di atas galakan rakan-rakan Neil telah menubuhkan satu "group" khas di Facebook yang diberi nama "Sketches of Expression". Apa yang menariknya ialah kumpulan ini sudah mula menarik minat "fan" yang mula turut sama menyumbang. Akhirnya Neil bersama rakan "sekepalanya" telah berjaya membuat pamiran mini di Shah Alam. Seorang rakannya yang mempunyai gerai seni telah memasukkan "sketch atas tisu" ini sebagai bahan jualannya!

Saturday 12 June 2010

WORK SMART VS WORK HARD

Penghasilan kerja secara berjemaah!

Salam,
Posting lepas membincangkan tentang bagaimana seseorang yang sombong telah kehilangan sahabatnya dan terus akan dipulau orang kerana individu berkenaan berbangga dengan kesalahan yang dilakukannya tanpa mahu bermuhasabah diri.

Cuba kita berbincang mengenai seseorang yang mudah mesra dan berjaya bergaul dengan ramai orang. Contoh paling mudah untuk kita rujuk ialah dalam bidang keagamaan. Di dalam mengamalkan rukun agama kita, seringkali kita diseru untuk melakukan sembahyang lima waktu secara berjemaah. Orang yang bersembahyang berjemaah akan menerima pahala berganda jika dibandingkan dengan sembahyang secara bersendirian. Orang yang tidak suka kepada orang lain dan tidak suka diperintah, lebih suka sembahyang secara bersendirian walau pun ketika dia mempunyai kesempatan dan ruang untuk berbuat demikitan.

Ketika jemaah sedang bersembahyang maka kita akan dapat melihat bagaimana sebuah kumpulan orang dengan tujuan yang sama melaksanakan rukun-rukun sembahayang secara teratur dan diketuai oleh seorang Imam. Di sini terdapat peraturan yang diketahui umum mengenai tatacara sembahyang berjemaah. Antara contohnya ialah meng "amin" kan secara beramai-ramai dan serentak apabila sampai ayat penghujung surah Al-Fatiha. Contoh lain ialah makmum mesti sentiasa mengikuti pergerakan Imam tanpa mendahuluinya. Jika kita amati betul-betul kita boleh menarik kesimpulannya bahawa sembahyang berjemaah itu ialah suatu simbolik kepada urusan berorganisasi di dunia luar yang boleh dijadikan contoh atau model.

Di dunia nyata ini, jika kita memancarkan aura kemesraan kepada orang di sekeliling kita maka kita akan dapat ramai kenalan. Seperti yang telah kita pelajari melalui posting terdahulu bahawa apabila kita menunjukkan kemesraan kita kepada orang lain maka orang lain akan membalas dengan sikap yang sama. Ini akan memudahkan kita untuk mendapat ramai kenalan. Di dalam dunia perniagaan, kenalan adalah pelanggan pertama yang harus kita temui lebih-lebih lagi perniagaan yang berbentuk multi-level.

Jika kita berniaga umpamanya secara bersendirian, maka kita akan mempunyai peluang yang amat terhad untuk menjana pendapatan yang tinggi kerana seseorang itu hanya boleh bekerja selama 8 jam atau 12 jam sehari. Jika setiap 1 jam kita meraih RM5 maka kita mungkin hanya berjaya menerima RM40 atau RM60 sehari. Jika tabiat berkerja sedemikian diteruskan maka kita tidak akan dapat melipatgandakan penghasilan. Kalau kita hendak capai juga pertambahan pendapatan maka kita wajib "bekerja kuat". Ini termasuklah memanjangkan tempoh jualan dan kurangkan rehat dan tidur. Lama kelamaan kita akan keletihan dan kesihatan akan terganggu manakala pendapatan hanya menunjukkan sedikit pertambahan.

Cuba kita renungkan, apa jadi kalau kita kerja secara berjemaah. Jika kita mempunyai 5 rakan yang setia yang juga bekerja selama 8  jam sehari untuk mengulangi apa yang kita buat, agak-agaknya berapa banyak pendapatan yang akan kita raih? Katakan rakan berlima itu pula membawa lagi lima rakan setiap orang yang menjadikan 25 orang bekerja untuk anda selama 8 jam setiap hari. Ini bermakna kita mempunyai 8 x 25 jam iaitu 200 jam berkerja yang telah disumbangkan bagi melakukan kerja yang sama. Ini bermakna kita secara berjemaah berpotensi menjana pendapatan sebanyak RM40 x 200 = RM8000 sehari! Penghasilannya berganda dalam jangkawaktu yang sama! Sudah tentulah kita kena mengambil kira upah dan insentif  harus diberikan kepada rakan-rakan yang telah membantu kita tadi. Inilah yang kita namakan "work smart" atau kerja secara bijak dan ianya ialah kerja secara berjemaah!

Kita jangan terperanjat apabila melihat orang yang memulakan sistem multi-level dalam perniagaan selalunya menjadi jutawan dengan begitu pantas. Jika mereka jujur dan beringat maka mereka akan kekal berjaya dan membawa orang lain pula turut berjaya. Mengikut statistik, ramai kalangan jutawan dihasilkan melalui sistem multi-level ini.

Teknik perniagaan berbilang tingkat juga banyak diamalkan di Amerika Syarikat dan oleh kerana itu banyak perniagaan yang sampai ke pelusuk dunia yang datangnya dari Amerika. Kebanyakan perniagaan ini mengikut sejarahnya hanya bermula dari dapur rumah yang akibat kegigihan, istiqamah dan lain sifat positif yang diamalkan maka akhirnya berjaya menjadi suatu konglomerat yang besar dan berkembang secara global. Sebagai contohnya ialah Perniagaan Kentucky Fried Chicken, Pizza Hut dan Mc Donald. Sistem yang diamalkan oleh mereka ini dinamakan sistem "franchise" yang agak berbeza sedikit dengan sistem multi-level biasa. Jika kita ingin mengetahui lebih mendapat tentang perniagaan ini maka rujuklah dengan pemiliknya sendiri, atau pun melakukan pembacaan melalui internet atau buku-buku. Jika benar-benar berminat untuk mencebur diri maka eloklah berhubung dengan institusi kerajaan yang menawarkan skim-skim yang terbabi seperti MARA dan lain-lain.

Jika anda tiada produk untuk diperniagakan juga tidak mempunyai modal besar maka eloklah ceburkan diri di dalam perniagaan jenis multi-level. Perkara paling penting ialah jika anda ingin berjaya di dalam apa jua bidang maka anda wajib memberi fokus kepada kerjaya berkenaan dan melakukannya dengan penuh istiqamah. 

Wallahualam.

Friday 11 June 2010

ANIHNYA PERANGAI: BANGGA DIBENCI ORANG


Salam,

Setelah kita berbincang mengenai bagaimana perspektif kita tentang diri kita sendiri dan orang lain amat mempengaruhi penerimaan orang lain terhadap diri kita, kita lihat pula satu kes anih yang berlaku kepada seorang manusia ini.

Dia seorang yang suka berceramah sambil menyinggung perasaan orang lain. Oleh kerana dia mempunyai sedikit kedudukan dalam kerjayanya maka dia merasakan bahawa kuasa eksekutifnya sangat penting melebihi sifat kerja berpasukan. Kata-katanya selalu menyinggung perasaan orang yang menjadi audien dan seringkali kelihatan dia mengadu domba audiennya dengan audiennya yang lain. Sebagai contohnya jika dia memberi ceramah kepada majikan dia ambil kesempatan mempertikai integriti pembantu majikan berkenaan manakala apabila pembantu majikan tersebut menjadi audien pula sipenceramah ini pula bertindak mengutuk simajikan yang boleh menyebabkan pembantu itu memperlekehkan majikannya.

Ramai yang mengkiritik perangai sipenceramah ini, namun oleh kerana dia mempunyai kuasa maka tiada orang hendak membetulkan kesalahannya. Orang ramai yang berurusan dengannya 'berbunyi' di belakangnya dan sifat jeliknya itu diketahui semua ahli organisasi.

Pegawai ini pula sering mengwar-warkan insiden dirinya sering diboikot oleh rakan-rakan ketika dia cuba menghampiri mereka. Apabila orang bawahnya berkumpul untuk "ngeteh" dia mendengar gelak ketawa yang amat menggembirakan sehingga mendorong dirinya untuk berkongsi sama kegembiraan itu. Belum pun sempat dia dapat duduk, kumpulan orang bawahannya mula menjauhkan diri satu persatu dengan pelbagai alasan. Akhirnya dia keseorangan ditinggal oleh orang lain. Apa yang menghairankan ialah insiden berkenaan terus berlaku disepanjang tempoh kerjayanya di mana-mana tempat dan di mana-mana peringkat tanpa dia memuhasabah diri untuk mencari apakah kesalahan yang telah dilakukan. Dia kelihatan tidak berminat untuk berbuat demikian malah berbangga untuk menceritakannya kepada orang lain. Apa yang pelik ialah dia terus merasa dirinya sentiasa betul kerana sering berkata "Begitulah harga yang perlu dibayar apabila kita hendak memperbetulkan keadaan" Maksudnya dia sebenarnya hero yang sedang diduga. Dia merasa bahawa dia tidak akan menyerah dan akan terus berperangai seperti asal.

Orang begini akan bersendirian dalam hidupnya. Apabila kuasanya hilang maka dia akan diketepikan orang. Seorang sahabat pernah bercerita mengenai seorang Ketua Jabatan di salah sebuah agensi Kerajaan di Sarawak yang sering ke pasar untuk memilih ikan. Oleh kerana sipenjual ikan di pasar berkenaan maklum dengan sikap dan sifatnya yang kerap menggunakan kuasa maka dia membiarkan sahaja pegawai berkenaan untuk memilih ikan sesuka hati dan kemudianya dengan selamba berlalu tanpa membayar walau sesen pun. Perbuatan itu berlaku hampir setiap hari sejak dia diarah bertugas di kawasan itu. Kebencian sipeniaga ikan itu tidak terhingga namun demi masa depan perniagaannya dia terpaksa menjadi "yes man" dan membiarkan perkara itu berlaku walau pun telah merugikannya. Pada hari pertama persaraan pegawai itu dan secara kebetulan diketahui pula oleh peniaga tersebut dia cuba meneruskan rutinnya tetapi kali ini menerima layanan yang agak berbeza. Dengan menggunakan rotan sipeniaga tersebut menguis tangan pesara itu sambil berkata "Masa awak sudah sampai...Sekarang saya mahu beri anjing lain untuk makan!!!" Bayangkan bagaimana perasaan hati sipesara itu? Dan ada sesiapa kah yang akan berkawan dengannya selepas ini? Apa yang menyakitkan hati untuk didengar ialah istilah "anjing" yang ditujukan kepada kakitangan awam sepertinya.

Satu kisah lain yang hampir serupa berlaku kepada seorang ketua jabatan di agensi lain yang sering meninggi suara kepada orang bawahannya. Dia tidak mempeduli perasaan sesiapa dan menunjukkan sikap angkuh. Seluruh organisasi tempat dia bertugas tidak suka kepadanya. Diakhir hayatnya dia terpaksa hidup tanpa rakan kerana semua orang bawahannya yang sepatutnya menjadi rakan lebih suka menjauhkan diri darinya walau pun ketika duduk berjemaah dimasjid atau surau.

Kita ini manusia biasa. Sepatutnya kita berusaha untuk mendapat seberapa ramai sahabat dan taulan. Apalah yang hendak disombongkan sedangkan semua kehebatan  datangnya dari Allah. Ketika menunaikan haji di Makah kita semua diajar untuk melihat diri sebagai hamba Allah yang serupa dan sama darjat. Dan ketika kita hendak dikebumikan pakaian kita ialah sehelai kain kafan berwarna putih. Apa yang paling wajib kita risaukan ialah persoalan apakah menfaat yang kita buat didunia ini yang memberikan kedudukan istimewa kita diakhirat.

Wallahualam.      

Thursday 10 June 2010

ISTIQAMAH DALAM USAHA MENINGKATKAN KUALITI

 Thomas Elva Edison: Istiqamah dalam meningkatkan kualiti produk

Salam,
Posting terdahulu merujuk kepada maksud hadith Rasulullah bahawa istiqamah itu salah satu ciri kewalian. Wali Allah merupakan entiti yang mempunyai kualiti iman yang tinggi sehingga menerima karamah yang tidak dialami oleh orang biasa. Sifatnya yang sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dalam agama telah menyebabkan dirinya begitu hampir dengan Allah. Sudah tentu pelbagai ujian telah dilalui dengan sabar.

Di dalam bidang kerjaya orang biasa seperti kita boleh mencapai kejayaan jika kita juga beristiqamah dalam usaha untuk meningkatkan kualiti produk yang hendak dihasilkan. Thomas Elva Edison iaitu seorang yang dikatakan mencipta lampu elektrik telah melaksanakan eksperimen sebanyak beratus kali. Setiap kali gagal dia mengkaji mengapa kegagalan itu terjadi dan beliau sentiasa memperbaiki prototaip yang dihasilkan. Akhirnya beliau berjaya merealisasikan cita-citanya untuk menjadikan lampu elektrik sebagai realiti. Sehingga sekarang ini lampu elektrik terus digunakan hampir di seluruh rumah kediaman dan premis lain.

Walau pun kelihatan bahawa sipencipta prototaip produklah yang 'berusaha' menciptanya, namun banyak insiden yang menunjukkan bahawa kebanyakan dari kejayaan berkenaan adalah datangnnya dari Allah. Saintis yang cuba merangka struktur molekul benzin akhirnya tertidur keletihan kerana gagal mendapatkan idea mendirikan struktur yang logik untuk bahan tersebut. Bentuk struktur molekul benzin akhirnya datang dari ilham yang diterima dalam mimpi. Contoh lain yang berkaitan dengan penemuan secara tidak sengaja ialah penemuan Sinar X (X Ray) dan Fotografi Kirlian. Sinar X yang  berbahaya itu ditemui secara tidak sengaja oleh keluarga Mary Curie yang akhirnya menyebabkan kematian mereka sendiri. Dalam kes Fotografi Kirlian, saintis berkenaan tidak menyedari bahawa beliau telah menemui suatu kaedah mengesan penyakit sebelum ianya menampakkan tanda fizikal. Kesimpulannya banyak kejadian penciptaan adalah melalui insiden ketidaksengajaan dan ilham penyelesaiannya bukan didapati secara sedar. Idea dan penyelesaian tersebut kerap datang dari 'alam ghaib' melalui minda bawah sedar!

Untuk menerima "ilham pencipta" seseorang itu terlebih dahulu perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai proses termasuk usaha yang tidak kenal erti lelah.

BAGAIMANA MELIHAT 'PELANGI' DI ATAS KEPALA SENDIRI?


Salam,
Imam Ghazali yang merupakan salah seorang pemuka Sufism telah mensimbolikkan bahawa rezeki yang kita terima adalah seperti sebuah kereta kuda yang dikurniakan oleh seorang Raja. Kita mempunyai 3 pilihan perbuatan yang berkaitan dengan kurniaan itu yang akan memberikan natijah tertentu kepada diri kita.

Pertamanya ialah setelah menerima kereta kuda berkenaan maka kita tidak berbuat apa-apa. Kita tidak menggunakannya untuk bergerak ke mana-mana. Maka kita berada di tempat yang sama walau pun telah menerima kereta kuda yang mahal harganya itu.

Keduanya kita boleh menggunakan kereta kuda itu untuk melarikan diri menjauhi istana Raja. Maka selepas hari itu kita tidak akan men'dengar' cerita  tentang Raja dan kehidupannya lagi.

Ketiga, kita menggunakan kereta kuda itu untuk sering merapati istana dan selalu bertemu dengan Raja dan pegawai istana. Pihak istana dan Raja menjadi lebih rapat dengan diri kita serta sering dan terus menganugerahkan "persalinan" dan hadiah-hadiah berharga untuk kita.

Begitulah analoginya dengan kehidupan harian kita, jika kita menerima sesuatu rezeki kita bertanya kepada diri kita apa yang kita buat dengan rezeki itu. Adakah kita menfaatkan rezeki itu secara maksima untuk digunakan di jalan Allah? Jika kita menggunakan rezeki itu untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah maka Allah Maha Tahu dan Dia akan lebih dekat dengan diri kita sehingga kurniaan dan rezeki akan melimpah ruah. Perbuatan kita menghampiri Allah ketika menerima rezeki dinamakan perbuatan "bersyukur" manakalah kita menjadi "kufur" nikmat apabila menjauhi diri dariNya dan juga akan jauh dari segala rahmatnya. Namun perlu diingat perbuatan bersyukur bukan sekadar suatu pernyataan sebutan tetapi dengan penghayatan dan amalan.

Oleh itu jika ingin melihat rezeki sentiasa mendatangi kita maka sentiasalah bersyukur kepada Allah. Kita akan "melihat pelangi" sentiasa berada di atas kepala kita sendiri.

Selain dari amalan bersyukur kita boleh juga merujuk kepada amalan memelihara istiqamah dalam berusaha. Rasulullah pernah menyebut bahawa sifat istiqamah itu merupakan suatu sifat kewalian. Barang siapa yang dapat mengekalkan sifat istiqamah dalam berbuat baik maka individu berkenaan disifatkan telah mempunyai ciri-ciri Wali kecil.

Kita biasa mendengar pernyataan yang dipetik dari maksud ayat al-Quran iaitu  "Tuhan tidak akan memperbaiki nasib sesuatu kaum melainkan kaum berkenaan membaikinya sendiri". Premis ini telah dimenfaatkan oleh pemimpin Korea sejak sekian lama untuk memajukan negaranya dan mereka tidak malu untuk menyatakan bahawa ayat berkenaan diambil dari Malaysia semasa deligasi mereka melawat negara ini.

Kita boleh kaitkan tentang amalan bersyukur dan istiqamah dalam memperbaiki kualiti diri dan kualiti usaha kita ke arah masa depan yang gemilang. Jika kita faham bahawa rezeki di 'tangan' Allah dan jika menghampiriNya dengan amalan dan penghayatan kesyukuran sambil kita mempertingkatkan kualiti usaha dan kita beristiqamah dalam usaha tersebut maka kita sekali lagi akan terus melihat 'pelangi' akan terus berada di atas kepala kita sendiri dan tidak hanya pada orang lain.      

Thursday 15 April 2010

NILAI KESYUKURAN


Salam,
Jika ada masa untuk keluar sebentar menikmati keindahan malam maka pergilah. Sysalq cuma meminta anda pergi ke tempat lapang pada waktu malam yang cerah. Lihatlah bintang yang bertaburan di langit itu. Setiap   
bintang kelihatan sebagai titik kecil yang terlukis di atas langit. Berapa luaskah langit? Berapa banyakkah bintang yang bertaburan itu? Mengikut al-Quran dan Sains langit semakin meluas pada setiap detik. Apabila kita mendongak ke langit untuk menikmati keindahan kilauan bintang maka ketahuilah wahai sahabat 'bintang-bintang' berkenaan telah lama tiada di situ. Sebenarnya anda sedang melihat suatu sejarah! Akibat terlalu jauh maka cahaya dari bintang berkenaan mengambil masa berbilion tahun untuk sampai ke bumi. Maka apa yang dilihat itu semuanya sejarah berbilion tahun yang lalu. Begitu ajaib sekali. Persoalannya ialah, sebagai manusia bolehkah kita merobah apa-apa yang ada dilangit itu?

Setelah memandang ke atas maka kita pandang atau renung ke dalam diri kita pula. Kita renung kepada tubuh-badan kita yang terdiri dari sel-sel. Sel-sel berkenaan bersepadu, berorganisasi dan berangkaian membentu organ tubuh dan menjalankan pelbagai fungsi mengikut kesesuaian masing-masing. Apabila dikaji pada sel berkenaan maka kita akan dapati bahawa di dalamnya terdapat apa yang dinamakan kromosom. Pada kromosom pula mengandungi bahan utama dinamakan gen. Gen ini adalah kod-kod tentang diri fizikal kita yang tertulis sejak kita menjadi embrio sehinggalah kita meninggal alam yang fana ini.Gen telah menunjukkan jantina anda sebelum anggota jantina dibentuk. Ini termasuklah pembentukan fizikal otak yang bakal mempengaruhi cara kita menanggap alam ini. Sebelum kita dilahirkan, semua sifat fizikal kita ditentukan melalui gen malah kemungkinan penyakit apa yang bakal kita hidapi pada umur-umur tertentu.
Hampir semua perkara telah termaktub terlebih dahulu. Bolehkah anda memilih atau merobahnya?

Dua fenomena misteri berkenaan telah menunjukkan bahawa hampir kebanyakan insiden telah ditentukan sebelum ianya berlaku. Dalam ertikata lain, taqdir memainkan peranan yang begitu signifikan. Siapalah kita ini untuk merasa hebat kepada diri kita dan masyarakat? Tidak kita malu jika kita menyombong diri dan mendakwa bahawa segala usaha kitalah yang telah menyebabkan kita berjaya? Jika hendak dikatakan juga bahawa impak dari usaha kita ini yang memberi kesan maka jangan lupa bahawa ianya hanyalah merupa salah satu penyebab kejayaan dari beribu-ribu penyebab lain yang berada di luar kawalan kita dan bukan pula datang dari diri kita.

Sebab itulah jika kita dijadikan Allah sebagai orang yang terselamat dari balak bencana dunia dengan berkehidupan pada jalan yang selamat,  maka wajib sangatlah kita merasa begitu rendah diri bersyukur kepada Allah kerana mentaqdirkan kita begini. Jiwa kita bakal menjadi tenang apabila menyedari bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu dan mengetahui apa yang terbaik buat kita ini.

Rujuklah juga kepada posting di blog ini sebagai tambahan renungan: http://universaliti.blogspot.com/2008/07/keserentakan-dalam-kesiapsiagaan-alam.html

Pesanan Penting