HKJDPtLmcMg3qG2VmeWD46e-j88

Pesanan Penaja

Wednesday 11 August 2010

RAMADHAN: SABAR MENUJU KEJAYAAN

 Foto Hiasan
Salam,

Satu kajian telah dijalankan di sebuah universiti negara barat di mana  sekumpulan kanak-kanak telah diberikan gula kapas yang diletak di atas meja masing-masing. Fasitator ujian berkenaan meminta semua kanak-kanak untuk tidak menyentuh apa lagi memakan gula-gula tersebut. Jika mereka mengikut arahan dan bersabar maka mereka akan diberikan hadiah berupa gula kapas yang dua kali ganda banyaknya. Fasilitator kemudiannya meninggalkan bilik untuk melihat gelagat setiap kanak-kanak melalui kamera tersembunyi.

Didapati bahawa sejurus selepas pengkaji itu keluar bilik maka ramai kanak-kanak yang terus memakan gula berkenaan. Ada juga yang sabar sediki untuk menunggu beberapa minit dan kemudian memakannya. Terdapat kanak-kanak yang sangat sabar dan tidak memakannya dan menunggu sehingga fasilitator kembali menemui mereka. Bagi mengesahkan komitment maka kanak-kanak yang dapat bertahan telah diberikan gula-gula seperti yang telah dijanjikan.

Tidak setakat itu sahaja, latar belakang dan sikap kanak-kanak sabar ini dikaji dan didapati mereka kerap berjaya di dalam bidang yang ditempuhi berbanding dengan kanak-kanak lain. Kemudiannya, pengkaji ini telah memeriksan data latar belakang orang-orang yang berjaya di dalam hidup mereka terutama di dalam bidang akademik adalah merupakan seorang kanak-kanak yang amat tekun dan penyabar semasa kecilnya.

Jika demikian keadaannya maka, kajian ini telah membuktikan apa yang telah dinyatakan di dalam hadith Rasulullah bahawa "Sabar itu separuh dari Iman", manakala Al-Quran kerap menunjukkan bahawa seseorang yang beriman sebenarnya menempah kejayaan di dunia dan akhirat. Kejayaan di dalam perspektif Islam bukan bermakna kejayaan akademik semata-mata kerana ada dari kalangan mereka yang berkelulusan tinggi tetapi gagal di dalam hidup. Tidak kurang mereka yang berijazah tetapi terus menganggur akibat sikap yang tidak sesuai dengan kehendak organisasi.

Kesabaran adalah amat penting di dalam memperteguhkan iman kerana penghayatan sifat berkenaan memberi perspektif bahawa kita ikhlas dengan taqdir Tuhan. Kita bukan terdiri dari orang yang "bergulut" untuk mengejar sesuatu, atau orang yang kelam-kabut takut kerugian. Jika kita sabar otot-otot tubuh badan kita menjadi "relax" sehingga tidak langsung kelihatan kerut-kerut di dahi tanda "probematik".

Bulan Puasa Ramadhan ini merupakan bulan kita berlatih untuk mempertingkat darjah kesabaran dengan berpuasa makan minum, rangsangan dan minda. Mudah-mudahan Allah naikkan darjat kita kepada mereka yang mudah menuju kejayaan di dunia dan akhirat.

Wallahualam
Sysalq

No comments:

Post a Comment

Pesanan Penting