"Sebahagian dari Budak-budak TAP bergambar dengan Bos MdeC"
Salam,
Budak-budak TAP, itulah gelaran yang penulis berikan kepada rakan-rakan hebat yang berumur sekitar awal atau pertengahan 20han yang bersama-sama menghadiri pelbagai program yang dianjurkan oleh Multimedia Development Coorporation (MDeC). TAP bermaksud Technoprenuer Acedamy Program, suatu pakej program yang dicetuskan oleh MdeC sebuah jabatan di bawah MSC (Multimedia Supercoridor).
"Siapa yang tidak kenal MSC?" Satu entiti yang mempromosi teknologi ICT yang terkemuka di seluruh dunia bertempat di Malaysia. MSC merupakan salah satu pemacu ekonomi Malaysia di dalam bidang teknologi.
Budak-budak TAP - mereka telah diberikan kursus berkaitan dengan penghasilan produk kreatif dan inovatif dan diberi tugasan untuk merangka "business model", jadual perlaksanaan (timeline) produk dan jangkaan keperluan bantuan. Ketika hendak mendapatkan bantuan berkenaan mereka terpaksa membuat pembentangan sebanyak dua kali di hadapan ahli panel profesional. Pembentangan pertama adalah merupakan sesi selama 15 minit dengan sesi soal jawab selama setengah jam. Setelah berjaya melepasi ujian hebat tersebut, jika melepasi standard tertentu maka mereka dijemput pula untuk memperbaiki persembahan dan menyampaikannya sekali lagi pada "pitch session" yang mahukan persembahan perancangan perniagaan selama 5 minit sahaja dengan sesi soal jawab yang lebih kritikal. Persembahan kedua itu dijalankan di ibu pejabat MDeC di Universiti Multimedia, Cyberjaya.
"Rik: Antara Sifu penting bagi Budak-budak TAP"
Penulis tidak dapat memperincikan apakah prototaip produk yang bakal dihasilkan kerana ianya mlibatkan faktor kerahsiaan dan perundangan. Apa yang dapat disimpulkan ialah jenis produk yang dihasilkan ialah bersifat kreatif dan inovatif. Adakah anda juga seorang yang kreatif dan inovatif?
No comments:
Post a Comment