Jika ada masa untuk keluar sebentar menikmati keindahan malam maka pergilah. Sysalq cuma meminta anda pergi ke tempat lapang pada waktu malam yang cerah. Lihatlah bintang yang bertaburan di langit itu. Setiap
bintang kelihatan sebagai titik kecil yang terlukis di atas langit. Berapa luaskah langit? Berapa banyakkah bintang yang bertaburan itu? Mengikut al-Quran dan Sains langit semakin meluas pada setiap detik. Apabila kita mendongak ke langit untuk menikmati keindahan kilauan bintang maka ketahuilah wahai sahabat 'bintang-bintang' berkenaan telah lama tiada di situ. Sebenarnya anda sedang melihat suatu sejarah! Akibat terlalu jauh maka cahaya dari bintang berkenaan mengambil masa berbilion tahun untuk sampai ke bumi. Maka apa yang dilihat itu semuanya sejarah berbilion tahun yang lalu. Begitu ajaib sekali. Persoalannya ialah, sebagai manusia bolehkah kita merobah apa-apa yang ada dilangit itu?
Setelah memandang ke atas maka kita pandang atau renung ke dalam diri kita pula. Kita renung kepada tubuh-badan kita yang terdiri dari sel-sel. Sel-sel berkenaan bersepadu, berorganisasi dan berangkaian membentu organ tubuh dan menjalankan pelbagai fungsi mengikut kesesuaian masing-masing. Apabila dikaji pada sel berkenaan maka kita akan dapati bahawa di dalamnya terdapat apa yang dinamakan kromosom. Pada kromosom pula mengandungi bahan utama dinamakan gen. Gen ini adalah kod-kod tentang diri fizikal kita yang tertulis sejak kita menjadi embrio sehinggalah kita meninggal alam yang fana ini.Gen telah menunjukkan jantina anda sebelum anggota jantina dibentuk. Ini termasuklah pembentukan fizikal otak yang bakal mempengaruhi cara kita menanggap alam ini. Sebelum kita dilahirkan, semua sifat fizikal kita ditentukan melalui gen malah kemungkinan penyakit apa yang bakal kita hidapi pada umur-umur tertentu.
Hampir semua perkara telah termaktub terlebih dahulu. Bolehkah anda memilih atau merobahnya?
Dua fenomena misteri berkenaan telah menunjukkan bahawa hampir kebanyakan insiden telah ditentukan sebelum ianya berlaku. Dalam ertikata lain, taqdir memainkan peranan yang begitu signifikan. Siapalah kita ini untuk merasa hebat kepada diri kita dan masyarakat? Tidak kita malu jika kita menyombong diri dan mendakwa bahawa segala usaha kitalah yang telah menyebabkan kita berjaya? Jika hendak dikatakan juga bahawa impak dari usaha kita ini yang memberi kesan maka jangan lupa bahawa ianya hanyalah merupa salah satu penyebab kejayaan dari beribu-ribu penyebab lain yang berada di luar kawalan kita dan bukan pula datang dari diri kita.
Sebab itulah jika kita dijadikan Allah sebagai orang yang terselamat dari balak bencana dunia dengan berkehidupan pada jalan yang selamat, maka wajib sangatlah kita merasa begitu rendah diri bersyukur kepada Allah kerana mentaqdirkan kita begini. Jiwa kita bakal menjadi tenang apabila menyedari bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu dan mengetahui apa yang terbaik buat kita ini.
Rujuklah juga kepada posting di blog ini sebagai tambahan renungan: http://universaliti.blogspot.com/2008/07/keserentakan-dalam-kesiapsiagaan-alam.html
No comments:
Post a Comment