HKJDPtLmcMg3qG2VmeWD46e-j88

Pesanan Penaja

Saturday 28 August 2010

KEGIGIHAN: "WORK SMART", MODAL RM50 MEMBERI HASIL LUMAYAN!


Salam,

Ada rakan yang bijak mencipta pelan perniagaan. Mereka gabungkan sistem pemasaran atas talian yang sangat canggih bagi  mempromosi  produk digital seperti eBOOK atau perisian komputer. Sistem berkenaan dapat mengurus rangkaian keahlian dengan cekap sehingga boleh mengesan butiran komuniti yang bersama mempromosi produk berkenaan. Hasil dari integrasi bijak ini maka wujudlah suatu peluang keemasan kepada sesiapa saja yang mempunyai modal RM50 sahaja bagi menjana peluang untuk menghasilkan potensi pendapatan yang tiada sempadannya. Inilah salah satu kaedah yang termasuk di dalam kategori "work smart" yang kali ini kita membiarkan teknologi bekerja untuk kita.

Jika rakan-rakan gigih, rajin dan istiqamah serta sanggup menggunakan sedikit masa berada di hadapan komputer untuk melakukan kerja-kerja promosi maka peluang terbuka luas. Kelebihan sistem ini ialah ianya memberi anda komisyen yang besar kepada rakan-rakan jika produk-produk yang ditawarkan dibeli oleh orang yang baru anda perkenalkan. Bukan sahaja anda mendapat hasil dari jualan eBook malah anda dapat pendapatan berganda jika memperkenalkan rakan-rakan baru untuk bersama dalam komuniti. Anda tidak perlu pergi ke mana-mana dalam usaha untuk mempromosi produk dan sistem ini anda cuma menumpukan sedikit masa di hadapan komputer.

Apa yang hebatnya ialah anda tidak perlu menunggu lama untuk menjadi ahli - semuanya online dan ianya automatik tanpa menunggu tangan-tangan manusia untuk menyemak pendaftaran anda. Setelah terdaftar maka secara automatik anda diberi satu laman web percuma yang dengannya anda boleh gunakan sebagai alat promosi di mana-mana lokasi dalam talian seperti di blog, Facebook, Twitter, Messenger, Email dan lain-lain.

Setelah anda mendaftar, sistem secara automatik mengatur kedudukan rakan-rakan bawahan yang anda perkenalkan dan yang menariknya ialah semua komisyen yang diperolehi adalah terus ke akaun anda tanpa singgah kepada akaun penaja. Ingat komisyennya cukup besar sehingga mencapai 100% dari harga jualan. Inilah yang dinamakan kerja dari rumah.

Begitu hebat sekali laman web pemasaran atas talian ini sehingga dewasa kini telah dikunjungi lebih dari 73000 pelawat dan setiap hari ramai yang mendaftar sebagai ahli berbayar. Adakah anda hendak melepaskan peluang keemasan ini? RM 50 adalah agak besar bagi sesetengah orang tetapi bayangkan jika ianya diuruskan dengan baik, anda akan meraih pendapatan yang hebat dari kegigihan anda sendiri. Jika anda berminat silalah ke pautannya di sini
   

Sunday 22 August 2010

AIR, MADU DAN KESIHATAN



Salam,

Minggu lepas iaitu sekitar pertengahan Ogos 2010, saya telah ke Hospital Tunku Tun Aminah di Johor Bahru kerana menemankan isteri untuk membuat pemeriksaan ulangan biasa. Setelah menghantarnya di pintu masuk poliklinik hospital tersebut, saya terus memandu untuk mendapatkan lokasi letak kereta dan saya terpaksa meletak kereta di tempat yang agak jauh. Dalam perjalanan untuk kembali ke klinik, saya telah ternampak seseorang.

Melalui renungannya saya seakan-akan mengenalinya tetapi saya tidak berapa pasti siapa. Apabila dia tersenyum dan menghulurkan tangan maka sahlah bahawa beliau sememangnya rakan yang bertugas sebagai pemandu teksi di Ulu Tiram.  Ulu Tiram merupakan tempat saya berkerja tidak lama dulu dan beliau ini adalah merupakan salah seorang yang selalu menghantar saya ke Johor Bahru jika saya hendak ke sana. Saya amat hairan apabila melihat perubahan yang telah berlaku kepadanya. Beliau kelihatan begitu kurus jauh berbeza dengan susuk tubuhnya dahulu.

"Memang saya kurus. Saya mengidap penyakit buah pinggang sejak beberapa tahun dan berulang untuk melakukan dialisis" Saya amat bersimpati terhadap apa yang telah dilaluinya. Sering kali apabila saya berjumpa dengan pesakit buah pinggang saya akan mendapati mereka agak kurus dan pucat walau pun ada juga yang kulit mereka berubah menjadi gelap.

Saya cuba mendapatkan cerita dari rakan tersebut tentang bagaimana beliau merasakan beliau telah mengidap penyakit tersebut. Beliau menjelaskan "Pada suatu masa dulu saya tiba-tiba mendapati kaki dan muka saya menjadi sembab dan saya juga mengalami masalah sukar kencing, apabila membuat pemeriksaan doktor saya telah  diberitahu bahawa buah pinggang saya telah mengalami kerosakan ". Saya teringat kepada beberapa kes penyakit seperti ini yang melibatkan bengkak dan sembab pada anggota badan. Seorang rakan saya yang baru saja meninggal dunia juga telah mengalami masalah yang sama. Ibu mertua saya juga mengalami gangguan berkenaan. Jadi para pembaca, berhati-hatilah jika ada bahagian tubuh badan kita yang mengalami bengkak atau sembab. Ada kemungkinan ianya berpunca dari kerosakan dan gangguan buah pinggang.

Rakan saya menambah, "Saya telah mengidap kencing manis dan darah tinggi sejak 10 tahun yang lalu dan kerap datang ke hospital untuk mengambil pil-pil   dan saya sentiasa patuh untuk mengambil ubat tersebut mengikut jadual".

Begitu juga ibu mertua dan Allahyarham ayahenda saya yang begitu patuh mengikuti  jadual pemakanan ubat kencing manis dan darah tinggi. Ibu mertua saya mengambil hampir 20 biji sehari sejak beberapa lama dahulu. Tiada sesiapa yang berani berhenti mengambilnya kerana para doktor sering menasihatkan bahawa ubat berkenaan mesti diambil sehingga bila-bila (sehingga ke akhir hayat?).

Apa yang menyedihkan ialah hampir kebanyakan pesakit kencing manis dan darah tinggi memang terus mengambil ubat tersebut hingga ke akhir hayat. Mereka terus memakannya, namun penyakitnya bukan semakin pulih malah kesihatan masing-masing semakin merosot yang akhirnya menyebabkan kegagalan buah pinggang yang amat kronik. Tidak kurang yang kaki mereka terpaksa dipotong walau pun telah mengambil ubat kencing manis sejak sekian lama. Jika difikir-fikirkan apakah gunanya kita mengambil ubat sedemikian dan ubat berkenaan tidak membantu apa-apa dalam mengembalikan kesihatan kita?

Saya pernah menonton penerangan seorang doktor dari Singapura (tidak ingat siapa) yang menyatakan dengan hanya meminum banyak air  kita dapat membantu memulihkan keadaan buah pinggang yang terganggu diperingkat awal. Amalan itu hendaklah dilaksanakan dengan istiqamah. Di Jepun pula, satu kajian oleh pakar di sana telah menunjukkan bahawa amalan meminum air masak setiap pagi iaitu ketika sebelum berkumor dan menggosok gigi boleh membuahkan sesuatu yang positif. Mereka dapat membentuk jadual prosedur perbandingan jumlah air dan tempoh amalannya dengan penyakit apa yang dapat disembuhkan termasuklah kecing manis dan darah tinggi.

Percaya atau tidak bahawa kebanyakan gangguan tubuh adalah disebabkan kekeringan dan kekurangan air dan oksigen. Faktanya telah diamati oleh seorang doktor yang dipenjara pada masa perang di Iraq. Oleh kerana tiada sebarang ubat untuk diberi kepada sesiapa maka doktor berkenaan hanya menggunakan air sebagai bahan penyembuh. Menurut beliau seseorang yang kekeringan tubuh badannya boleh mendapat gangguan mental termasuk stres dan bertolak dari itu ianya boleh menular kepada migrain. Doktor ini juga mengubat pesakit iaitu rakan-rakan banduannya dengan hanya memberi mereka air dan jumlah air yang diberi bergantung kepada gangguang yang dihadapi. Pelbagai penyakit telah dirawati dengan jayanya termasuklah gangguan cika perut (sakit perut). Saya sendiri tidak lagi gemar mengambil Panadol jika terdapat gangguan pening kepada, saya cuma meminum air sebanyak 3 gelas. Selepas itu saya akan rasakan penurunan gangguan pening berkenaan secara perlahan-lahan.

Dalam sebuah buku yang menuliskan tentang pengalaman banduan bertaraf doktor berkenaan,  pengarangnya menyatakan bahawa industri perubatan telah melibatkan suatu jumlah transaksi yang amat besar sehingga mencapai "Trilion Dollars". Semua kilang dan industri, unit pemasaran, bahagian R&D mereka mempunyai kemewahan besar yang keuntungannya sentiasa dikongsi bersama.  Setiap sektor yang terlibat saling sokong menyokong sehingga ianya sampai kepada peringkat akar umbi, Bayangkan jika seorang doktor  berkata kepada pesakitnya "Jangan berhenti makan ubat ini sampai bila-bila!" Adakah pesakit berani untuk berhenti mengambilnya? Oleh kerana produk yang dihasilkan terus dambil oleh pelanggannya sampai bila-bila maka industri berkenaan akan berkekalan sampai bila-bila walau pun ianya tidak membantu kearah penyembuhan gangguan kesihatan  yang dihidapi oleh mereka. Saya belum menyentuh bagaimana industri dialisis memberi pendapatan lumayan kepada sesetengah usahawan dari kalangan doktor?

Saya sendiri ialah seorang yang dikatakan sebagai pengidap darah tinggi kerana tekanan melebihi normal. Saya diminta mengambil ubat tertentu mengikut jadual. Walau pun saya mengambilnya, gangguan seperti pening kepala masih juga berlaku. Apabila saya mendapati bahawa air boleh membantu mengurangkan tekanan maka saya meninggalkan amalan mengambil pil berkenaan dan bertukar kepada amalan meminum air kerap dan banyak. Berkaitan dengan air ini, kajian yang dibuat di sebuah universiti di barat bahawa air kelapa dapat membantu dalam menurunkan tekanan darah malah ianya merupakan penawar yang mujarab. Kajian dilakukan dengan memberi minuman air kelapa muda kepada sekumpulan orang dan membandingkan hasil kajian dengan kumpulan lain yang diberikan air biasa. Didapati subjek yang meminum air kelapa mengalami penurunan tekanan darah yang amat ketara.

Selain dari mengamalkan meminum air masak dan air kelapa, saya juga telah mula mengamalkan meminum sesudu kecil madu untuk diambil pada waktu subuh. Madu memang terkenal dengan fungsi perubatannya kerana ianya terdiri dari pelbagai protin, vitamin dan mineral dan lain-lain yang dibawa oleh lebah dari beratus-ratus bunga-bungaan yang berkhasiat. Saya tidak mengambil madu lebah peliharaan, tetapi saya mendapatkan bekalan "Madu Tualang" dari hutan Pahang. Madu Tualang ialah madu yang diambil dari pokok hutan yang tinggi. Lebah di kawasan ini mengumpul debunga dari pokok hutan yang amat berkhasiat.

Jika kita mengamalkan pengambilan air yang banyak termasuk air kelapa dan mengamalkan meminum madu pula maka isnyaAllah kesihatan biologi kita akan menjadi lebih baik berbanding dengan pengambilan bahan-bahan yang menyebabkan kesan sampingan yang parah.

Ada bahagian lain yang saya tidak dapat tuliskan kerana melibatkan kandungan yang panjang. Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana air dan air beroksigen menjadi penawar yang hebat sehingga menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kanser, maka ikutilah pautan di sini 

Wednesday 11 August 2010

RAMADHAN: SABAR MENUJU KEJAYAAN

 Foto Hiasan
Salam,

Satu kajian telah dijalankan di sebuah universiti negara barat di mana  sekumpulan kanak-kanak telah diberikan gula kapas yang diletak di atas meja masing-masing. Fasitator ujian berkenaan meminta semua kanak-kanak untuk tidak menyentuh apa lagi memakan gula-gula tersebut. Jika mereka mengikut arahan dan bersabar maka mereka akan diberikan hadiah berupa gula kapas yang dua kali ganda banyaknya. Fasilitator kemudiannya meninggalkan bilik untuk melihat gelagat setiap kanak-kanak melalui kamera tersembunyi.

Didapati bahawa sejurus selepas pengkaji itu keluar bilik maka ramai kanak-kanak yang terus memakan gula berkenaan. Ada juga yang sabar sediki untuk menunggu beberapa minit dan kemudian memakannya. Terdapat kanak-kanak yang sangat sabar dan tidak memakannya dan menunggu sehingga fasilitator kembali menemui mereka. Bagi mengesahkan komitment maka kanak-kanak yang dapat bertahan telah diberikan gula-gula seperti yang telah dijanjikan.

Tidak setakat itu sahaja, latar belakang dan sikap kanak-kanak sabar ini dikaji dan didapati mereka kerap berjaya di dalam bidang yang ditempuhi berbanding dengan kanak-kanak lain. Kemudiannya, pengkaji ini telah memeriksan data latar belakang orang-orang yang berjaya di dalam hidup mereka terutama di dalam bidang akademik adalah merupakan seorang kanak-kanak yang amat tekun dan penyabar semasa kecilnya.

Jika demikian keadaannya maka, kajian ini telah membuktikan apa yang telah dinyatakan di dalam hadith Rasulullah bahawa "Sabar itu separuh dari Iman", manakala Al-Quran kerap menunjukkan bahawa seseorang yang beriman sebenarnya menempah kejayaan di dunia dan akhirat. Kejayaan di dalam perspektif Islam bukan bermakna kejayaan akademik semata-mata kerana ada dari kalangan mereka yang berkelulusan tinggi tetapi gagal di dalam hidup. Tidak kurang mereka yang berijazah tetapi terus menganggur akibat sikap yang tidak sesuai dengan kehendak organisasi.

Kesabaran adalah amat penting di dalam memperteguhkan iman kerana penghayatan sifat berkenaan memberi perspektif bahawa kita ikhlas dengan taqdir Tuhan. Kita bukan terdiri dari orang yang "bergulut" untuk mengejar sesuatu, atau orang yang kelam-kabut takut kerugian. Jika kita sabar otot-otot tubuh badan kita menjadi "relax" sehingga tidak langsung kelihatan kerut-kerut di dahi tanda "probematik".

Bulan Puasa Ramadhan ini merupakan bulan kita berlatih untuk mempertingkat darjah kesabaran dengan berpuasa makan minum, rangsangan dan minda. Mudah-mudahan Allah naikkan darjat kita kepada mereka yang mudah menuju kejayaan di dunia dan akhirat.

Wallahualam
Sysalq

Pesanan Penting