Salam,
Pada satu hari di sekitar tahun 70 han, penulis telah membeli sebuah buku yang cukup menarik di Central Store Johor Bahru. Pada masa itu kedai buku ini merupakan salah satu kedai menjual buku,majalah dan alatulis yang sentiasa dikunjungi orang.
Buku berkenaan menceritakan bagaimana kita boleh berjaya dalam bidang perniagaan dengan menggunakan Sistem Pos. Apa yang menarik ialah kehebatan penulisnya yang sering menunjukkan kebenaran dakwaannya itu melalui pelbagai statistik. Beliau dapat menunjukkan bahawa perniagaan melalui pos ialah suatu perniagaan paling berjaya di Amerika. Menurutnya seorang yang ingin menceburkan diri di dalam perniagaan ini tidak memerlukan kedai atau ruang pejabat tetapi boleh bermula dari rumah sahaja. Buku berkenaan memberi panduan dan tip-tip yang boleh diikuti di dalam menjayakan sistem perniagaan melalui pos.
Apa yang menarik ialah, penulis pada waktu itu baru sahaja menamatkan penulisan sebuah buku berjudul "Bagaimana mendapatkan dan memenangi hati kawan!". Tajuk buku berkenaan mengambil sempena buku oleh Dale Carnergie berjudul "How to Win Friends and Influence People" Siapa yang tidak kenal Dale yang merupakan seorang pakar dalam bidang Motivasi dan Kemasyarakatan?
Buku tulisan dan terbitan sulung itu penulis mulanya dijual melalui sistem pos dengan bantuan seorang sahabat yang tertarik dengan idea di atas . Selain dari itu, penulis juga meletaknya untuk dijual secara konsainmen di kedai-kedai di sekitar Johor Bahru. Badan Book Store (Badan Cemerlang - pada masa ini) merupakan kedai buku yang telah menjual sebanyak 50 naskah dalam masa 2 minggu! Penulis merasa bangga kerana ada juga orang hendak membaca tulisan pertama ini. Jadi bertolak dari menjual secara pos, penulis juga berjaya menjualnya secara biasa. Apa yang menariknya dan mengejutkan ialah ada seorang gadis yang ingin berjumpa penulis untuk berbincang mengenai dirinya yang mempunyai masalah untuk mengambil perhatian rakan setelah membaca iklan di akhbar mengenai buku ini. Dia menyangka bahawa penulis juga ada memberi "coaching' secara peribadi!
Pokok bicara di sini ialah, semua yang terlibat di atas termasuk penulis sedang 'menjual' apa yang dinamakan dengan "infobiz". Infobiz bermaksud "Info" iaitu maklumat dan "biz" bermaksud "business" atau bisnes. Menjual infobiz bermakna menjual maklumat tentang "cara" atau "teknik" untuk membuat bisnes. Penulis buku pertama menjual cara buat bisnes kaedah pos, Dale dan penulis (Sysalq) menjual cara mempengaruhi untuk mendapatkan kawan dan mempengaruhi mereka melalui buku yang dijual. Semuanya termasuk dalam kumpulan menjual "teknik", "How to" atau "Bagaimana".
Di Youtube, ada banyak video yang berjudul "How to" yang dimuatnaik oleh pengunjungnya.Jika kita melakukan "search" maka pelbagai "How to" yang akan dipaparkan. Video semudah "bagaimana memasukkan telur ke dalam botol" sehingga kepada "bagaimana mengintip perbualan telefon mudah alih" ada dipaparkan. Video berkenaan boleh menghasilkan pendapatan jika di terbitkan di loaksi yang tepat. Begitu juga artikel di dalam akhbar, majalah dan buku-buku.
Manusia mempunyai perasaan ingin tahu. Mereka sentiasa ingin membetulkan orientasi perspektif mereka bagi menfaat diri masing-masing selain dari untuk tidak ketinggalan. Mereka meneroka alat-alat yang boleh menghubungkan minda mereka dengan informasi. Maka sebab itulah buku-buku, akhbar,majalah dan dewasa kini internet sangat diminati oleh hampir setiap orang. Di kolej dan Universiti ianya menjadi "jantung" kepada kehidupan harian warganya! Malah institusi berkenaan merupakan entiti yang sentiasa kerjanya 'menjual' informasi mengenai "how to!!!"
Kenapa tidak kita menjadi sebahagian dari individu yang terlibat untuk menawarkan informasi kepada golognan sasaran dan menghasilkan pendapatan. Belum cuba, belum tahu!
No comments:
Post a Comment