HKJDPtLmcMg3qG2VmeWD46e-j88

Pesanan Penaja

Friday 10 September 2010

KANSER DAN PENAWAR SEMULAJADI YANG AMAT AJAIB


 Lokasi Sel-Sel Kanser
Kanser ialah  sejenis penyakit yang disebabkan oleh sebilangan sel yang berkembang secara diluar kawalan kebiasaan, menceroboh lapisan sel lain dan berkembang dengan cepat bagi menyebarkan ketidaktentuan tersebut.  Sifat agresif ini berbeza dengan ketumbuhan biasa yang tidak merebak. Ancaman ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dengan risiko yang lebih tinggi berkaitan dengan  peningkatan umur. 7.6 juta orang telah meninggal dunia disebabkan kanser pada tahun 2007.
Kanser disebabkan oleh transformasi sel dengan kerosakan kod genetiknya. Kerosakan ini mungkin disebabkan oleh bahan-bahan Karsinogen seperti tembakau, radiasi, bahan kimia dan agen-agen pembawanya. Mungkin juga ianya dibawa melalui kelainan kod DNA yang dibawa dari keturunan seseorang  yang kemudiannya berkombinasi dengan genom  yang akhirnya menyebabkan pelbagai komplikasi. Sel kanser mudah merebak kerana sel-sel rosak yang baru dihasilkan menjadi agresif akibat perubahan struktur gen yang kemudiannya menghancurkan sistem semulajadi penghalang pembentukan tumor.
Doktor mempunyai beberapa cara untuk membenteras masalah ini dan diantaranya ialah menggunakan radiasi, kemoterafi dan pembedahan.  Kemointevensi merupakan rawatan awal menggunakan bahan kimia tertentu namun semua rawatan berkenaan menyebabkan kesan-kesan  sampingan yang tidak diperlukan seperti muntah-muntah, keguguran rambut dan kehilangan berat yang drastik.
Sebelum ini 10 tahun lalu telah disahkan oleh kajian farmasi di Amerika bahawa mineral semulajadi Silenium dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak  46%, Kanser usus sebanyak 58% dan kanser prostat sebanyak 62%. Penemuan itu diisytiharkan setelah 7 tahun berlalu di dalam terbitan sebuah Jurnal of American Medical Association.
Penemuan terkini, lebih memeranjatkan dan disorok informasinya selama 7 tahun kerana pihak berkenaan (Syarikat farmasi  tertentu) cuba meniru suatu lagi bahan semulajadi yang begitu berkesan sekali di dalam mencegah dan merawat kanser.  Syarikat berkenaan sanggup membiarkan manusia di seluruh dunia ini mengidap kanser dan meninggal dunia kerananya. Menurut PBB (United Nation) tahun 2010 merupakan tahun malapetaka kanser yanh dahsyat.
Keajaiban bahan semulajadi ini ialah kehebatannya di dalam memerangi sel-sel kanser di dalam tubuh  dengan cara:
·         Memerangi sel-sel kanser tanpa menimbulkan kesan sampingan seperti muntah-muntah, keguguran rambut atau kehilangan berat secara mendadak.
·         Melindungi imunisasi tubuh dan mengelakkan jangkitan yang merbahaya
·         Pesakit merasa bertenaga dan sihat dalam tempoh rawatan
·         Meningkatkan tenaga  dan menambahbaik kesihatan keseluruhannya          
  
Pembentukan Sel Kanser
20 buah makmal farmakologi dari kumpulan Industri Perubatan Terbesar Amerika telah membuat kajian terperinci sejak tahun 1970 mengenai kesan ekstrak bahan tersebut dan mendapati hasil yang menakjubkan iaitu:
·         Mengesan dan membunuh 12 jenis sel kanser yang merbahaya termasuk kanser usus, buah dada, prostat, paru-paru dan penkrias.
·         Bahan berkenaan mempunyai kekuatan 10,000 kali dari bahan Adriamaisin yang digunakan di dalam intervensi kemotrafi
·         Ajaibnya bahan ini hanya mengesan dan membunuh sel-sel kanser sahaja dan tidak menyebabkan kemudharatan kepada sel-sel lain
Rahsia yang disorok ini telah dibocorkan oleh sekumpulan pakar yang bersimpati terhadap nasib para pesakit yang terdedah kepada risiko kematian. Saintis dan doktor prihatin  ini  membentuk kumpulan yang dinamakan Health Sciences Institute. Mereka sedar bahawa industri farmakologi besar mempunyai agenda tersendiri di dalam mencari keuntungan. Kesihatan merupakan industri yang melibatkan pelaburan berbilion dollars. Keputusan yang mereka buat lebih berorientasikan keuntungan daripada memikirkan persoalan penyembuhan yang sebenar.
Apabila mereka gagal meniru bahan yang terkandung di dalam tumbuhan semulajadi yang ajaib itu, mereka terus menyembunyikan faktanya bagi menyelamatkan pelaburan berbilion dollars yang telah mereka keluarkan bagi menghasilkan ubat-ubat sintetik yang sentiasa mempunyai kesan sampingan yang merbahaya apabila diberi kepada pesakit.
Apakah bahan ajaib ini? Adakah ianya boleh ditemui di Malaysia? Bahan ini datangnya dari pokok Graviola iaitu Pokok Durian Belanda! Amalan meminum dan memakan isi pokok ini adalah  suatu amalan yang amat baik. Jika kita mengamalkan mengambilnya secara kerap maka insyaAllah kita dijauhi dari dihinggapi oleh kemudharatan kanser. JIka seseorang telah mengidap kanser maka bahagian tumbuhan ini termasuk buahnya adalah penawar yang hebat yang akan membunuh sel-sel kanser berkenaan. 
  
Buah Durian Belanda

Seorang rakan saya (seorang kakitangan awam di sektor pendidikan) yang telah dihinggapi sel kanser di hidung sentiasa merasa loya dan kurus selepas diberi intervensi kemoterafi.  Gangguan fizikal ini berterusan walau pun rawatan kemotrafi telah berlalu. Tidak berapa lama selepas itu, beliau mengadu bahawa luas pandangan matanya agak terhad kerana bola matanya tidak boleh memandang ke sisi!
Ajaibnya, tidak lama selepas itu (3 minggu) , apabila saya baru ingin menyarankan kepada beliau agar meminum jus atau memakan buah durian belanda bagi merawat kanser maka beliau memberi respons “Oh..durian belanda! Saya meminumnya setiap hari sekarang ini” Apabila saya melihat fizikalnya maka tidak hairanlah tubuhnya telah sedikit sebanyak kembali kepada normal dan nampak jelas keceriaan di wajahnya tanda penyembuhan! Alhamdulillah.
Wallahualam
Sysalq

4 comments:

  1. Terimakasih, insyallah saya akan cuba kaedah ini sebab saya juga adalah pesakit kanser.....tetapi memang susah nak cari/jumpa buah durian belanda....kadang2 bila ke Chow Kit memang tak jumpa dah tak tahu mana nak cari.....tetapi saya memang suka makkan durian belanda semenjak kecil dulu........yg peliknya semenjak disahkan menghidap kanser hari2 saya meminta suami saya mencari buah ini....memang pelik dan ajaib....ramai yang takut dengan permintaan saya sebab takut buang tabiat....almaklumlah pesakit2 kanserkan tak lama hidupkan tetapi setiap sakit ada hikmahnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam apa khabar...Pn Maziah. Bagaimana status kesihatan pn pada 2021 ini. Boleh kongsikan?

      Delete
  2. Terima kasih kerana mengikuti blog saya. Saya cuma menyampaikan informasi bagi membantu rakan-rakan. Disamping usaha dalam bentuk fizikal ketahuilah kekuatan semangat dan rohaniah akan merobah kecondongan atau tendensi ke arah yang lebih baik. Seseorang yang mempunyai set DNA yang sama boleh diekspresi dalam 140+ cara bergantung kepada persepsi dan kekuatan rohaniah berkenaan.

    ReplyDelete
  3. Pn Maznah Rais jangan lupa baca http://capaikejayaan.blogspot.com/2011/02/penyembuhan-dalam-masa-singkat.html

    ReplyDelete

Pesanan Penting