Salam,
Minggu lepas iaitu sekitar pertengahan Ogos 2010, saya telah ke Hospital Tunku Tun Aminah di Johor Bahru kerana menemankan isteri untuk membuat pemeriksaan ulangan biasa. Setelah menghantarnya di pintu masuk poliklinik hospital tersebut, saya terus memandu untuk mendapatkan lokasi letak kereta dan saya terpaksa meletak kereta di tempat yang agak jauh. Dalam perjalanan untuk kembali ke klinik, saya telah ternampak seseorang.
Melalui renungannya saya seakan-akan mengenalinya tetapi saya tidak berapa pasti siapa. Apabila dia tersenyum dan menghulurkan tangan maka sahlah bahawa beliau sememangnya rakan yang bertugas sebagai pemandu teksi di Ulu Tiram. Ulu Tiram merupakan tempat saya berkerja tidak lama dulu dan beliau ini adalah merupakan salah seorang yang selalu menghantar saya ke Johor Bahru jika saya hendak ke sana. Saya amat hairan apabila melihat perubahan yang telah berlaku kepadanya. Beliau kelihatan begitu kurus jauh berbeza dengan susuk tubuhnya dahulu.
"Memang saya kurus. Saya mengidap penyakit buah pinggang sejak beberapa tahun dan berulang untuk melakukan dialisis" Saya amat bersimpati terhadap apa yang telah dilaluinya. Sering kali apabila saya berjumpa dengan pesakit buah pinggang saya akan mendapati mereka agak kurus dan pucat walau pun ada juga yang kulit mereka berubah menjadi gelap.
Saya cuba mendapatkan cerita dari rakan tersebut tentang bagaimana beliau merasakan beliau telah mengidap penyakit tersebut. Beliau menjelaskan "Pada suatu masa dulu saya tiba-tiba mendapati kaki dan muka saya menjadi sembab dan saya juga mengalami masalah sukar kencing, apabila membuat pemeriksaan doktor saya telah diberitahu bahawa buah pinggang saya telah mengalami kerosakan ". Saya teringat kepada beberapa kes penyakit seperti ini yang melibatkan bengkak dan sembab pada anggota badan. Seorang rakan saya yang baru saja meninggal dunia juga telah mengalami masalah yang sama. Ibu mertua saya juga mengalami gangguan berkenaan. Jadi para pembaca, berhati-hatilah jika ada bahagian tubuh badan kita yang mengalami bengkak atau sembab. Ada kemungkinan ianya berpunca dari kerosakan dan gangguan buah pinggang.
Rakan saya menambah, "Saya telah mengidap kencing manis dan darah tinggi sejak 10 tahun yang lalu dan kerap datang ke hospital untuk mengambil pil-pil dan saya sentiasa patuh untuk mengambil ubat tersebut mengikut jadual".
Begitu juga ibu mertua dan Allahyarham ayahenda saya yang begitu patuh mengikuti jadual pemakanan ubat kencing manis dan darah tinggi. Ibu mertua saya mengambil hampir 20 biji sehari sejak beberapa lama dahulu. Tiada sesiapa yang berani berhenti mengambilnya kerana para doktor sering menasihatkan bahawa ubat berkenaan mesti diambil sehingga bila-bila (sehingga ke akhir hayat?).
Apa yang menyedihkan ialah hampir kebanyakan pesakit kencing manis dan darah tinggi memang terus mengambil ubat tersebut hingga ke akhir hayat. Mereka terus memakannya, namun penyakitnya bukan semakin pulih malah kesihatan masing-masing semakin merosot yang akhirnya menyebabkan kegagalan buah pinggang yang amat kronik. Tidak kurang yang kaki mereka terpaksa dipotong walau pun telah mengambil ubat kencing manis sejak sekian lama. Jika difikir-fikirkan apakah gunanya kita mengambil ubat sedemikian dan ubat berkenaan tidak membantu apa-apa dalam mengembalikan kesihatan kita?
Saya pernah menonton penerangan seorang doktor dari Singapura (tidak ingat siapa) yang menyatakan dengan hanya meminum banyak air kita dapat membantu memulihkan keadaan buah pinggang yang terganggu diperingkat awal. Amalan itu hendaklah dilaksanakan dengan istiqamah. Di Jepun pula, satu kajian oleh pakar di sana telah menunjukkan bahawa amalan meminum air masak setiap pagi iaitu ketika sebelum berkumor dan menggosok gigi boleh membuahkan sesuatu yang positif. Mereka dapat membentuk jadual prosedur perbandingan jumlah air dan tempoh amalannya dengan penyakit apa yang dapat disembuhkan termasuklah kecing manis dan darah tinggi.
Percaya atau tidak bahawa kebanyakan gangguan tubuh adalah disebabkan kekeringan dan kekurangan air dan oksigen. Faktanya telah diamati oleh seorang doktor yang dipenjara pada masa perang di Iraq. Oleh kerana tiada sebarang ubat untuk diberi kepada sesiapa maka doktor berkenaan hanya menggunakan air sebagai bahan penyembuh. Menurut beliau seseorang yang kekeringan tubuh badannya boleh mendapat gangguan mental termasuk stres dan bertolak dari itu ianya boleh menular kepada migrain. Doktor ini juga mengubat pesakit iaitu rakan-rakan banduannya dengan hanya memberi mereka air dan jumlah air yang diberi bergantung kepada gangguang yang dihadapi. Pelbagai penyakit telah dirawati dengan jayanya termasuklah gangguan cika perut (sakit perut). Saya sendiri tidak lagi gemar mengambil Panadol jika terdapat gangguan pening kepada, saya cuma meminum air sebanyak 3 gelas. Selepas itu saya akan rasakan penurunan gangguan pening berkenaan secara perlahan-lahan.
Dalam sebuah buku yang menuliskan tentang pengalaman banduan bertaraf doktor berkenaan, pengarangnya menyatakan bahawa industri perubatan telah melibatkan suatu jumlah transaksi yang amat besar sehingga mencapai "Trilion Dollars". Semua kilang dan industri, unit pemasaran, bahagian R&D mereka mempunyai kemewahan besar yang keuntungannya sentiasa dikongsi bersama. Setiap sektor yang terlibat saling sokong menyokong sehingga ianya sampai kepada peringkat akar umbi, Bayangkan jika seorang doktor berkata kepada pesakitnya "Jangan berhenti makan ubat ini sampai bila-bila!" Adakah pesakit berani untuk berhenti mengambilnya? Oleh kerana produk yang dihasilkan terus dambil oleh pelanggannya sampai bila-bila maka industri berkenaan akan berkekalan sampai bila-bila walau pun ianya tidak membantu kearah penyembuhan gangguan kesihatan yang dihidapi oleh mereka. Saya belum menyentuh bagaimana industri dialisis memberi pendapatan lumayan kepada sesetengah usahawan dari kalangan doktor?
Saya sendiri ialah seorang yang dikatakan sebagai pengidap darah tinggi kerana tekanan melebihi normal. Saya diminta mengambil ubat tertentu mengikut jadual. Walau pun saya mengambilnya, gangguan seperti pening kepala masih juga berlaku. Apabila saya mendapati bahawa air boleh membantu mengurangkan tekanan maka saya meninggalkan amalan mengambil pil berkenaan dan bertukar kepada amalan meminum air kerap dan banyak. Berkaitan dengan air ini, kajian yang dibuat di sebuah universiti di barat bahawa air kelapa dapat membantu dalam menurunkan tekanan darah malah ianya merupakan penawar yang mujarab. Kajian dilakukan dengan memberi minuman air kelapa muda kepada sekumpulan orang dan membandingkan hasil kajian dengan kumpulan lain yang diberikan air biasa. Didapati subjek yang meminum air kelapa mengalami penurunan tekanan darah yang amat ketara.
Selain dari mengamalkan meminum air masak dan air kelapa, saya juga telah mula mengamalkan meminum sesudu kecil madu untuk diambil pada waktu subuh. Madu memang terkenal dengan fungsi perubatannya kerana ianya terdiri dari pelbagai protin, vitamin dan mineral dan lain-lain yang dibawa oleh lebah dari beratus-ratus bunga-bungaan yang berkhasiat. Saya tidak mengambil madu lebah peliharaan, tetapi saya mendapatkan bekalan "Madu Tualang" dari hutan Pahang. Madu Tualang ialah madu yang diambil dari pokok hutan yang tinggi. Lebah di kawasan ini mengumpul debunga dari pokok hutan yang amat berkhasiat.
Jika kita mengamalkan pengambilan air yang banyak termasuk air kelapa dan mengamalkan meminum madu pula maka isnyaAllah kesihatan biologi kita akan menjadi lebih baik berbanding dengan pengambilan bahan-bahan yang menyebabkan kesan sampingan yang parah.
Ada bahagian lain yang saya tidak dapat tuliskan kerana melibatkan kandungan yang panjang. Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana air dan air beroksigen menjadi penawar yang hebat sehingga menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kanser, maka ikutilah pautan di sini
No comments:
Post a Comment