HKJDPtLmcMg3qG2VmeWD46e-j88

Pesanan Penaja

Wednesday, 14 September 2011

HERBA SELASIH - PENAWAR HEBAT KESAKITAN


Di Asia Tumbuhan Selasih (Holy basil - Ocinum Sanctum, O. tenuiflorum) merupakan tumbuhan yang telah digunakan dalam bidang perubatan sejak 5000 tahun yang lalu. Tumbuhan ini baru dikenali di barat sebagai herba yang dapat memberi  kesan untuk meredakan kesakitan.

Di negara  barat, dadah digunakan untuk menenangkan pesakit Kanser dan AIDs dari kesan ubat-ubatan yang menyebabkan ketidakselesaan seperti, muntah-muntah, gangguan kestabilan tubuh, gangguan tindakbalas dan kesukaran belajar. Apa yang membingungkan ialah dadah berkenaan boleh menyebabkan ketagihan dan kesan sampingan lain.

Selasih mengandungi BCP, atau (E)-beta-caryophyllene yang memberikan kesan melawan keradangan otot tanpa kesan sampingan. University of Maryland Medical Centre (UMMC) mengesyorkan herba ini digunakan bagi rawatan stres selepas trauma, bulimia dan juga kesan tekanan darah rendah. Tumbuhan ini juga boleh melindung tubuh dari pendedahan kepada sinar berbahaya.

Apa yang menarik ialah bau-bauan dari ekstrak Selasih terbukti meredakan bengkak dan sakit disebabkan atritis. Kajian berkaitan dengannya telah dibuat di British Pharmaceutical Conference di Manchester yang mendapati bahawa pengambilan campuran dua jenis jus Selasih dapat menurunkan bengkak sehingga 73% dalam masa 24 jam.

Di India, sejak 3000 tahun mendapati bahawa herba ini memberi kesan panjang umur dan juga memberi kesan positif dalam rawatan diabetis, gangguan pernafasan, mati pucuk, alergi dan ketidaksuburan.

Apakah sains disebalik Penyembuhan herba Selasih ini?
 Bukannya hanya BCP yang ada pada Selasih amat berguna tetapi Cinnamanic Acid yang dikandungi dapat membaiki edaran darah, menstabilkan nisbah gula darah dan menambahbaik pernafasan. Kebanyakan kajian tentang Selasih dibuat  melibatkan manusia dan haiwan dan kebaikannya menunjukkan bahawa ianya memberi kesan positif dan bertindak sebagai: Antiradang, Antioksidan (antipenuaan) , pelindung saraf, pelindung sinaran, menurunkan tekanan stres dan kemurungan, antibakterial dan antiviral serta deuretik (penggalak buang air kecil).

Pengambilan Selasih sebagai penawar




Dr. Narendra Singh dari Regional Ayurvedic Research Institute (Government of India, Department of Health) mencadangkan meminum teh daun kering Selasih dengan dosej 300 - 600 mg (2gm bagi satu cawan). Amalan ini akan meningkatkan meningkatkan keupayaan sistem imun tubuh.

Bagi penyembuhan penyakit Teh Selasih boleh diambil dalam 600gm - 1800gm dalam 2 ambilan. Minuman ini akan menjadi penyembuh dan penghalang penyakit.

 Dr. Singh menyatakan bahawa kesan tindakan tumbuhan ini akan berlaku setelah pengambilan teh berkenaan dari 1 minggu sehingga sebulan dan kesannya akan  terus berlanjutan sehingga sebulan walau pun pengambilannya dihentikan.

Thursday, 21 July 2011

PIL PENURUN KADAR GULA DALAM DARAH ADALAH SUATU KESILAPAN BESAR


Salam,
Industri ubat-ubatan diabetis membuatkan kita semua berfantasi bahawa dengan mengambil pil penurun kadar gula dalam darah kita boleh terus menikmati makanan yang digemari tanpa bimbang. Ramai yang percaya dan terus kekal dengan tabiat lama tanpa mengetahui bahawa mereka di dalam keadaan amat bahaya. Mengikut satu kajian sebenarnya menurunkan kadar gula menggunakan ubat seperti itu amat merbahaya berbanding dengan tidak mengambilnya langsung.

Hasil kajian 2008 ACCORD terhadap 10000 pesakit diabetis yang mengambil ubat penurunan gula terdedah kepada risiko peningkatan serangan jantung dan strok berbanding dengan pesakit yang tidak mengambil ubat berkenaan. Mereka yang menurunkan kadar gula sehingga mencecah kepada 6% atau lebih rendah menghadapi risiko lebih besar berbanding dengan pesakit yang membiarkan kenaikan pada 7 hingga 7.9% gula dalam darah.

Apa yang menyedihkan ialah ubat-ubatan berkenaan akan menyebabkan pankreas pesakit menjadi keletihan dan lemah dan akhirnya gagal untuk mengeluarkan insulin semulajadi dan pesakit malang berkenaan terpaksa terus menghidap biabetis sepanjang hayatnya melalaui suntikan insulin. Hasil kajian berkenaan juga menunjukkan  bahawa ubat-ubatan demikian sememangnya  tidak akan dapat menyembuhkan penyakit diabetis malah menyebabkan gangguan penyakit berkenaan menjadi lebih teruk. Akibatnya pesakit langung tidak dapat kembali pulih seperti sediakala. Keadaan ini amat bertentangan dengan dakwaan Badan Prosfesional seperti American Diabetes Association - berkaitan penyakit ini namun tiada sebarang perubahan dalam sistem yang dilaksanakan.

Oleh itu suatu amalan baru diperlukan oleh sesiapa yang ingin mengelak dari terjerumus di dalam putaran bahaya berkenaan - iaitu amalan "Ubahsuai Stail Kehidupan". Mendengar istilah Ubahsuai Stail Kehidupan mungkin menimbulkan prasangka yang menyusahkan. Mungkin ramai yang menganggapkan bahawa amalan berkenaan akan menyebabkan pesakit terpaksa berlapar, menjadi vegitarian atau mengeluarkan banyak peluh untuk bersenam bermati-matian dan sebenarnya bukan begitu. Amalan-amalan baik dengan merobah Stail Hidup ini membolehkan pesakit melupakan terus:

Kerja rutin mencucuk jari untuk menyemak bacaan gula darah
Berhenti mengambil ubat-dadah diabetis yang melemah dan menyakitkan
Berhenti merasa risau dan bersalah tentang pengambilan makanan dan berat badan
Berhenti risau tentang kemungkinan buruk lain seperti dipotong anggota, kebutaan dan serangan jantung
Kembali kepada kehidupan normal yang bebas dari ubat dan dadah.

Rujukan di sini akan membantu anda untuk mengetahui lebih lanjut.

Monday, 7 February 2011

PENYEMBUHAN DALAM MASA SINGKAT

Aura Manusia

Dogma biologi yang mempercayai "bahawa rupabentuk, bakat dan potensi kelakuan sesuatu  hidupan itu telah terprogram dalam susunan molekul DNA"  dewasa kini telah mula tergugat. Biologis menganggap pengetahuan mengenai pengaruh kuat DNA itu merupakan pengetahuan  terkini dan paling benar. Apa yang lebih hebat lagi ialah DNA dianggap sebagai taqdir yang diwarisi dari generasi sebelumnya dan ianya tidak boleh diubah-ubah lagi. DNA dilihat sebagai masterplan bagi sifat fizikal, bakat dan potensi tingkahlaku seseorang dan individu berkenaan dianggap telah 'terperangkap' di dalam perencanaannya tanpa dapat  dipengaruhi oleh alam sekita hidupan tersebut.

Walau bagaimana pun terkini, seorang Saintis Biologi Selular terkemuka Dr Bruce Lipton telah menemui sesuatu yang bakal menjadikan dogma berkenaan DNA tersebut sebagai satu mitos. Beliau telah berjaya membuktikan bahawa sebaliknya alam sekitar sebenarnyalah yang mempengaruhi DNA yang kemudian memberi kesan kepada sel-sel badan. Beliau menemui apa yang dinamakan sebagai Epigene yang terdapat dalam sel yang kemudiannya mempengaruhi cara DNA diekspresi yang selepas itu pula mempengaruhi pertumbuhan sel-sel.

Rupa-rupanya, epigene ini dipengaruhi pula oleh gelombang elektromagnatik di luar sel yang datangnya dari aktiviti deria, pemikiran, emosidan kepercayaan kita sendiri. Apabila kita melakukan perubahan dalam faktor di atas maka suatu gelombang elektromagnet terpancar dalam tubuh kita dan merangsang epigene untuk mengubahsuai yang kemudiannya mempengaruhi DNA dan sel-sel berkaitan. Beliau dapat menunjukkan bahawa sel-sel kanser yang berada di dalam tubuh pesakit apabila dikeluar dan dipindah ke dalam tubuh individu yang sihat "secara tiba-tiba berubah menjadi normal dan sihat".  Kelihatan bahawa sesuartu penyakit itu boleh di "switch ON - OFF" mengikut ke adaan sekeliling tempat sel itu berada. Jelasnya, alam sekitar yang merupakan keadaan dalaman seseorang menghasilkan gelombang elektromagnet yang amat mempengaruhi kesihatan dirinya

Apa yang disesalkan ialah 70% dari pemikiran individu itu lebih bersifat negatif. Keadaan ini mempengaruhi kesihatan tubuhbadannya.Pemikiran ini datangnya dari pengalaman 'buruk' sejarah kehidupannya. Kebolehan untuk melakukan "reprogramming" pemikiran bawah sedar amatlah berguna serta amat berkesan.

Jadi bagaimana hendak melakukan proses "reprogramming"? untuk melakukan transformasi diri ke arah bebas penyakit?

Pesanan Penting