HKJDPtLmcMg3qG2VmeWD46e-j88

Pesanan Penaja

Wednesday, 14 September 2011

HERBA SELASIH - PENAWAR HEBAT KESAKITAN


Di Asia Tumbuhan Selasih (Holy basil - Ocinum Sanctum, O. tenuiflorum) merupakan tumbuhan yang telah digunakan dalam bidang perubatan sejak 5000 tahun yang lalu. Tumbuhan ini baru dikenali di barat sebagai herba yang dapat memberi  kesan untuk meredakan kesakitan.

Di negara  barat, dadah digunakan untuk menenangkan pesakit Kanser dan AIDs dari kesan ubat-ubatan yang menyebabkan ketidakselesaan seperti, muntah-muntah, gangguan kestabilan tubuh, gangguan tindakbalas dan kesukaran belajar. Apa yang membingungkan ialah dadah berkenaan boleh menyebabkan ketagihan dan kesan sampingan lain.

Selasih mengandungi BCP, atau (E)-beta-caryophyllene yang memberikan kesan melawan keradangan otot tanpa kesan sampingan. University of Maryland Medical Centre (UMMC) mengesyorkan herba ini digunakan bagi rawatan stres selepas trauma, bulimia dan juga kesan tekanan darah rendah. Tumbuhan ini juga boleh melindung tubuh dari pendedahan kepada sinar berbahaya.

Apa yang menarik ialah bau-bauan dari ekstrak Selasih terbukti meredakan bengkak dan sakit disebabkan atritis. Kajian berkaitan dengannya telah dibuat di British Pharmaceutical Conference di Manchester yang mendapati bahawa pengambilan campuran dua jenis jus Selasih dapat menurunkan bengkak sehingga 73% dalam masa 24 jam.

Di India, sejak 3000 tahun mendapati bahawa herba ini memberi kesan panjang umur dan juga memberi kesan positif dalam rawatan diabetis, gangguan pernafasan, mati pucuk, alergi dan ketidaksuburan.

Apakah sains disebalik Penyembuhan herba Selasih ini?
 Bukannya hanya BCP yang ada pada Selasih amat berguna tetapi Cinnamanic Acid yang dikandungi dapat membaiki edaran darah, menstabilkan nisbah gula darah dan menambahbaik pernafasan. Kebanyakan kajian tentang Selasih dibuat  melibatkan manusia dan haiwan dan kebaikannya menunjukkan bahawa ianya memberi kesan positif dan bertindak sebagai: Antiradang, Antioksidan (antipenuaan) , pelindung saraf, pelindung sinaran, menurunkan tekanan stres dan kemurungan, antibakterial dan antiviral serta deuretik (penggalak buang air kecil).

Pengambilan Selasih sebagai penawar




Dr. Narendra Singh dari Regional Ayurvedic Research Institute (Government of India, Department of Health) mencadangkan meminum teh daun kering Selasih dengan dosej 300 - 600 mg (2gm bagi satu cawan). Amalan ini akan meningkatkan meningkatkan keupayaan sistem imun tubuh.

Bagi penyembuhan penyakit Teh Selasih boleh diambil dalam 600gm - 1800gm dalam 2 ambilan. Minuman ini akan menjadi penyembuh dan penghalang penyakit.

 Dr. Singh menyatakan bahawa kesan tindakan tumbuhan ini akan berlaku setelah pengambilan teh berkenaan dari 1 minggu sehingga sebulan dan kesannya akan  terus berlanjutan sehingga sebulan walau pun pengambilannya dihentikan.

No comments:

Post a Comment

Pesanan Penting