Diminta Follower bertuah yang telah memenangi saguhati wang tunai iaitu Tn Hj Mohd Yusof, Razy's dan Zenkintaro menghubungi pihak kami melalui mesej yang dihantar ke laman (klik di sini) bagi tujuan penyerahan saguhati berkenaan.
Kami mengalamai kesukaran untuk menghubungi anda. Sila bertindak segera.
Tahukah anda bahawa Li Ching-Yun, seorang profesor di sebuah universiti di China merupakan seorang lelaki yang mempunyai rekod umur mencecah 256 tahun (1677 – 1933). Beliau ialah penduduk tetap Wilayah Kaihslan, China. Pada ketika beliau berumur 200 tahun beliau hidup bersama dengan isteri ke 24 yang umurnya sudah mencecah 60 tahun. Beliau juga merupakan seorang vegetarian, herbalis dan guru seni mempertahan diri.
Menurut laporan S. Fred Strong (New York Times, May 6, 1933, p. 13), Apa yang cukup menghairankan ialah wajah Ching-Yun ini tetap kelihatan muda jauh berbeza dari rakannya yang 2 kurun lebih muda darinya. Mengikut kajian yang dijalankan sifat awet muda yang dialami oleh Ching-Yun ini banyak bergantung kepada sifat tenang sabar, amalan pemakanan vegetarian dan mengamalkan pengambilan akar ginseng dan fo-ti sebagai minuman teh.
Seperti yang diketahui terdapat pelbagai jenis akar ginseng seperti dari China, Rusia, Korea Utara, Jepun dan Amerika Utara.. Mengikut istilah Greek ginseng bermaksud “serba penyembuh”. Dikenali sejak penggunaan 7000 tahun dahulu, secara kebetulan pula akar ini berbentuk seperti tubuh seorang lelaki dan paling penting sekali ialah mempunyai kemampuan mengekalkan kesihatan keseluruhan serta dapat pula meningkatkan awet muda. Selain dari faedah di atas ginseng mempunyai kemampuan untuk menangani masalah kesihatan seperti: Hilang ingatan, kencing manis, kerisauan dan kemurungan, penuaan, masalah sistem pertahanan tubuh , menopause dan gangguan keletihan.
Fo-ti (Polygonum multiflorum) pula dikatakan dapat mengekalkan warna asal rambut seseorang. Juga ianya dapat mengekalkan kecerahan serta kelembutan kulit, kesihatan gigi dan juga kecergasan tubuh badan. Keberkesanan herba ini dikatakan bergantung kepada usianya sebab maka itulah Negeri China mengenali Fo-ti sebagai herba pengawet muda.
Salam,
Undian telah di isytihar pada jam 12.30 pagi 1 Oktober 2010. Berikut adalah nama Follower bernasib baik.
Penerima RM50 ialah Syed Uthman Bfabb, RM30 HAJI MOHD YUSOF, Penerima RM20 ialah Zenkintaro dan RM10 masing-masing bakal diterima oleh Aniz Ali dan Razy's Tahniah diucapkan.
(Sila rujuk paparan video dari posting sebelum ini bagi menggambarkan proses pengundian)
Pada suatu masa dulu, rakan saya pernah kesesakan wang dan apa yang baiknya tentang beliau ialah beliau tidak pernah henti berusaha dan tidak suka meminta-minta. Pada beliau orang yang memberi tetap lebih baik dari orang yang menerima, jadi beliau lebih suka memberi walau pun apa yang hendak diberi cumalah sedikit sumbangan. Kalau difikirkan-fikirkan, memang orang yang suka berderma sering mendapat rezeki. Amalan ini tidak boleh dinafikan keberkesanannya kerana agama juga memberi sokongan terhadap aktiviti berderma dan berzakat.
Berbalik kepada cerita tentang rakan tadi. Suatu hari beliau membawa seikat kertas ke rumah saya. Oleh kerana saya tidak pernah melihat rakan berkenaan membawa kertas seperti itu sebelum ini. Saya merasa hairan dan bertanya kepadanya " Kertas apa tu, banyaknya!?".
"Kertas sumbangan! Nah bacalah sampelnya ni...." Balasnya pendek.
Saya pun membaca pernyataan yang ditulis di dalam kertas berkenaan. Rupa-rupanya ialah kertas mengajak komuniti yang dikenali hidup saling bantu membantu. Bagaimana caranya?
"Bantu yang macam mana ni? Bagaimana caranya?" Tingkah saya.
"Begini, kau ada RM50, kau dermakanlah kepada rakan-rakan yang memerlukan. Tapi, cara kau beri agak lain sikit. Kau kena beri kepada 5 orang. Jadi, seorang bakal dapat RM10. Rakan yang menerima sumbangan RM10 tu pulak kena ringan tangan dan memberi sumbangan juga sebanyak RM50 kepada 5 orang sahabat mereka yang difikirkan amat memerlukan. Jika proses ini diteruskan ke seluruh komuniti yang terlibat maka setiap ahli komuniti berkenaan akan dapat merasa bahagian masing-masing." Jelas rakan.
Ini ke skim cepat kaya yang sibuk dikatakan orang tu? Ramai yang telah dilesapkan duit mereka kerana keghairahan melabur. Rakan saya menjelaskan bahawa skim cepat kaya tu melibatkan pemberian modal dari individu yang hendak melaburkan duit mereka ke dalam satu bisnes yang tidak jelas potensinya. Kemudian sesiapa yang telah melabur pula mencari rakan kongsi baru dan pelabur berkenaan akan dapat bonus dan komisyen dari rangkaian yang dikembangkannya. Kemudian pelabur dijanjikan pulangan tinggi dalam jangkamasa singkat dan ianya berterusan selagi modal yang dilaburkan itu tidak dikeluarkan dari akaun pengendali. Apa yang menyedihkan ialah akhirnya kumpulan wang berjuta yang dilaburkan itu lesap begitu sahaja. Pengendalinya menghilangkan diri. Mungkin orang dari lapis pertama dan kedua merasa sedikit habuan keuntungan bagi menarik dan mempengaruhi rakan-rakan mereka untuk turut sama "membawa duit".
Rakan saya itu mengedarkan borang yang telah diisi dan mengeposnya kepada sesiapa kenalan yang dirasakan memerlukan bantuan. Apa yang hebatnya ialah beliau memasukkan RM10 ke dalam akaun penerima borang itu dan mendaftarkan nama penerima sumbangannya itu. Akibat tindakannya itu 5 orang rakan beliau secara tiba-tiba mendapat RM10 setiap orang. Oleh kerana gembira dan merasa bersyukur sangat maka rakan-rakan tadi mengulangi aktiviti yang sama dan memberi sumbangan mereka kepada rakan seterusnya. Habis apa yang bakal diterima oleh orang yang mendermakan wangnya itu?
Seperti kepercayaan rakan tadi bahawa orang yang memberi selalunya juga bakal menerima sumbangan orang lain. Tanpa disedari hampir setiap hari ada saja kemasukan RM10 ke dalam akaunnya yang telah dilakukan oleh orang yang tidak dikenalinya. Rezekinya bertambah setiap hari kerana ada orang lain yang memberi sumbangan ikhlas.
Beliau menekankan bahawa keikhlasan adalah kunci utama. Mungkin saja ada orang yang tidak meneruskan aktiviti memberi sumbangan dan rangkaiannya tidak berkembangan menjadi komuniti pemurah walau pun orang berkenaan telah menerima RM10 melalui akaunnya. Tetapi oleh kerana beliau memberi sumbangan kepada lebih dari 5 orang maka peluang untuk proses itu tersekat agak kecil. Jika proses seterusnya tersekat maka anggaplah ianya tidak menjadi rezeki. Masih ada rakan-rakan lain yang mungkin aktif menyumbang.
Baru-baru ini penulis menerima sebuah laman web yang agak hampir serupa aktivitinya dengan apa yang telah dilakukakan oleh rakan saya 20 tahun yang lalu. Kali ini pengendali web yang kreatif ini melaksanakan proses memberi sumbangan dengan menggunakan program komputer. Apa yang perlu dilakukan oleh pemberi sumbangan ialah mendaftar sebagai ahli komuniti dan mengisi borang elektronik nama-nama bakal penerima sumbangan. Penyumbang kemudiannya memindahkan sumbangan melalui bank atas talian. RM10 disumbangkan kepada 5 akaun. Web berkenaan akan memaklumkan kepada penyumbang siapakah penerima sumbangan dan akan melapurkan geneokologi (ahli komuniti bawahannya) yang bersama dalam rangkaian sumbangan itu. Apa yang menarik ialah tiada langsung sumbangan yang terkumpul dalam mana-mana tabungan samada akaun pengendali atau akaun penyumbang. Semua sumbangan dipindahkan terus ke akaun penerima dengan selamat.
Nampaknya penggunaan ICT dalam proses memberi dan menerima sumbangan ini menjadi lebih pantas dan mudah. Jika seseorang itu mengalami masalah kesempitan kewangan insyaAllah sistem yang direka khas oleh pengaturcara komputer ini amat praktikal dan berkesan. Jika anda merasakan anda perlu menyumbang dan juga ingin menerima sumbangan bagi menyelesaikan permasalahan anda maka cubalah mendaftar sebagai pengguna VIP di dalam laman web seperti di dalam pautan (link) ini.
Berapa tahunkah umur terpanjang manusia moden? Percaya atau tidak ada manusia pernah mencapai umur sah 250+ tahun? Apakah petua untuk umur panjang yang diamalkan? Kesahihan laporan disahkan oleh institusi tertentu. Berita mengenainya BUKAN REKAAN! Kami akan hantar laporan berkenaannya melalui email anda secara percuma....... Cuma kami mohon jasa baik anda untuk mendaftar sebagai follower BLOG MENCAPAI KEJAYAAN melalui pautan di bawah. Anda berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM120 yang ditawarkan kepada follower bertuah. Undian akan dibuat pada penghujung Sept 2010. Cepat sementara tawaran masih terbuka.
Kanser ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh sebilangan sel yang berkembang secara diluar kawalan kebiasaan, menceroboh lapisan sel lain dan berkembang dengan cepat bagi menyebarkan ketidaktentuan tersebut. Sifat agresif ini berbeza dengan ketumbuhan biasa yang tidak merebak. Ancaman ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dengan risiko yang lebih tinggi berkaitan dengan peningkatan umur. 7.6 juta orang telah meninggal dunia disebabkan kanser pada tahun 2007.
Kanser disebabkan oleh transformasi sel dengan kerosakan kod genetiknya. Kerosakan ini mungkin disebabkan oleh bahan-bahan Karsinogen seperti tembakau, radiasi, bahan kimia dan agen-agen pembawanya. Mungkin juga ianya dibawa melalui kelainan kod DNA yang dibawa dari keturunan seseorang yang kemudiannya berkombinasi dengan genom yang akhirnya menyebabkan pelbagai komplikasi. Sel kanser mudah merebak kerana sel-sel rosak yang baru dihasilkan menjadi agresif akibat perubahan struktur gen yang kemudiannya menghancurkan sistem semulajadi penghalang pembentukan tumor.
Doktor mempunyai beberapa cara untuk membenteras masalah ini dan diantaranya ialah menggunakan radiasi, kemoterafi dan pembedahan. Kemointevensi merupakan rawatan awal menggunakan bahan kimia tertentu namun semua rawatan berkenaan menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diperlukan seperti muntah-muntah, keguguran rambut dan kehilangan berat yang drastik.
Sebelum ini 10 tahun lalu telah disahkan oleh kajian farmasi di Amerika bahawa mineral semulajadi Silenium dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, Kanser usus sebanyak 58% dan kanser prostat sebanyak 62%. Penemuan itu diisytiharkan setelah 7 tahun berlalu di dalam terbitan sebuah Jurnal of American Medical Association.
Penemuan terkini, lebih memeranjatkan dan disorok informasinya selama 7 tahun kerana pihak berkenaan (Syarikat farmasi tertentu) cuba meniru suatu lagi bahan semulajadi yang begitu berkesan sekali di dalam mencegah dan merawat kanser. Syarikat berkenaan sanggup membiarkan manusia di seluruh dunia ini mengidap kanser dan meninggal dunia kerananya. Menurut PBB (United Nation) tahun 2010 merupakan tahun malapetaka kanser yanh dahsyat.
Keajaiban bahan semulajadi ini ialah kehebatannya di dalam memerangi sel-sel kanser di dalam tubuh dengan cara:
·Memerangi sel-sel kanser tanpa menimbulkan kesan sampingan seperti muntah-muntah, keguguran rambut atau kehilangan berat secara mendadak.
·Melindungi imunisasi tubuh dan mengelakkan jangkitan yang merbahaya
·Pesakit merasa bertenaga dan sihat dalam tempoh rawatan
·Meningkatkan tenaga dan menambahbaik kesihatan keseluruhannya
Pembentukan Sel Kanser
20 buah makmal farmakologi dari kumpulan Industri Perubatan Terbesar Amerika telah membuat kajian terperinci sejak tahun 1970 mengenai kesan ekstrak bahan tersebut dan mendapati hasil yang menakjubkan iaitu:
·Mengesan dan membunuh 12 jenis sel kanser yang merbahaya termasuk kanser usus, buah dada, prostat, paru-paru dan penkrias.
·Bahan berkenaan mempunyai kekuatan 10,000 kali dari bahan Adriamaisin yang digunakan di dalam intervensi kemotrafi
·Ajaibnya bahan ini hanya mengesan dan membunuh sel-sel kanser sahaja dan tidak menyebabkan kemudharatan kepada sel-sel lain
Rahsia yang disorok ini telah dibocorkan oleh sekumpulan pakar yang bersimpati terhadap nasib para pesakit yang terdedah kepada risiko kematian. Saintis dan doktor prihatin ini membentuk kumpulan yang dinamakan Health Sciences Institute. Mereka sedar bahawa industri farmakologi besar mempunyai agenda tersendiri di dalam mencari keuntungan. Kesihatan merupakan industri yang melibatkan pelaburan berbilion dollars. Keputusan yang mereka buat lebih berorientasikan keuntungan daripada memikirkan persoalan penyembuhan yang sebenar.
Apabila mereka gagal meniru bahan yang terkandung di dalam tumbuhan semulajadi yang ajaib itu, mereka terus menyembunyikan faktanya bagi menyelamatkan pelaburan berbilion dollars yang telah mereka keluarkan bagi menghasilkan ubat-ubat sintetik yang sentiasa mempunyai kesan sampingan yang merbahaya apabila diberi kepada pesakit.
Apakah bahan ajaib ini? Adakah ianya boleh ditemui di Malaysia? Bahan ini datangnya dari pokok Graviola iaitu Pokok Durian Belanda! Amalan meminum dan memakan isi pokok ini adalah suatu amalan yang amat baik. Jika kita mengamalkan mengambilnya secara kerap maka insyaAllah kita dijauhi dari dihinggapi oleh kemudharatan kanser. JIka seseorang telah mengidap kanser maka bahagian tumbuhan ini termasuk buahnya adalah penawar yang hebat yang akan membunuh sel-sel kanser berkenaan.
Buah Durian Belanda
Seorang rakan saya (seorang kakitangan awam di sektor pendidikan) yang telah dihinggapi sel kanser di hidung sentiasa merasa loya dan kurus selepas diberi intervensi kemoterafi. Gangguan fizikal ini berterusan walau pun rawatan kemotrafi telah berlalu. Tidak berapa lama selepas itu, beliau mengadu bahawa luas pandangan matanya agak terhad kerana bola matanya tidak boleh memandang ke sisi!
Ajaibnya, tidak lama selepas itu (3 minggu) , apabila saya baru ingin menyarankan kepada beliau agar meminum jus atau memakan buah durian belanda bagi merawat kanser maka beliau memberi respons “Oh..durian belanda! Saya meminumnya setiap hari sekarang ini” Apabila saya melihat fizikalnya maka tidak hairanlah tubuhnya telah sedikit sebanyak kembali kepada normal dan nampak jelas keceriaan di wajahnya tanda penyembuhan! Alhamdulillah.
Harap bersabar. Artikel berkenaan akan diterbitkan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfirtri. Sila daftar diri (Sign up) sebagai "follower" atau Pengikut blog ini agar semua artikel yang diterbitkan dihantar terus ke kotak email anda. Bertindaklah segera. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada rakan pembaca budiman. Semoga hari raya ini memberi keberkatan kepada kita semua.
Ada rakan yang bijak mencipta pelan perniagaan. Mereka gabungkan sistem pemasaran atas talian yang sangat canggih bagi mempromosi produk digital seperti eBOOK atau perisian komputer. Sistem berkenaan dapat mengurus rangkaian keahlian dengan cekap sehingga boleh mengesan butiran komuniti yang bersama mempromosi produk berkenaan. Hasil dari integrasi bijak ini maka wujudlah suatu peluang keemasan kepada sesiapa saja yang mempunyai modal RM50 sahaja bagi menjana peluang untuk menghasilkan potensi pendapatan yang tiada sempadannya. Inilah salah satu kaedah yang termasuk di dalam kategori "work smart" yang kali ini kita membiarkan teknologi bekerja untuk kita.
Jika rakan-rakan gigih, rajin dan istiqamah serta sanggup menggunakan sedikit masa berada di hadapan komputer untuk melakukan kerja-kerja promosi maka peluang terbuka luas. Kelebihan sistem ini ialah ianya memberi anda komisyen yang besar kepada rakan-rakan jika produk-produk yang ditawarkan dibeli oleh orang yang baru anda perkenalkan. Bukan sahaja anda mendapat hasil dari jualan eBook malah anda dapat pendapatan berganda jika memperkenalkan rakan-rakan baru untuk bersama dalam komuniti. Anda tidak perlu pergi ke mana-mana dalam usaha untuk mempromosi produk dan sistem ini anda cuma menumpukan sedikit masa di hadapan komputer.
Apa yang hebatnya ialah anda tidak perlu menunggu lama untuk menjadi ahli - semuanya online dan ianya automatik tanpa menunggu tangan-tangan manusia untuk menyemak pendaftaran anda. Setelah terdaftar maka secara automatik anda diberi satu laman web percuma yang dengannya anda boleh gunakan sebagai alat promosi di mana-mana lokasi dalam talian seperti di blog, Facebook, Twitter, Messenger, Email dan lain-lain.
Setelah anda mendaftar, sistem secara automatik mengatur kedudukan rakan-rakan bawahan yang anda perkenalkan dan yang menariknya ialah semua komisyen yang diperolehi adalah terus ke akaun anda tanpa singgah kepada akaun penaja. Ingat komisyennya cukup besar sehingga mencapai 100% dari harga jualan. Inilah yang dinamakan kerja dari rumah.
Begitu hebat sekali laman web pemasaran atas talian ini sehingga dewasa kini telah dikunjungi lebih dari 73000 pelawat dan setiap hari ramai yang mendaftar sebagai ahli berbayar. Adakah anda hendak melepaskan peluang keemasan ini? RM 50 adalah agak besar bagi sesetengah orang tetapi bayangkan jika ianya diuruskan dengan baik, anda akan meraih pendapatan yang hebat dari kegigihan anda sendiri. Jika anda berminat silalah ke pautannya di sini
Minggu lepas iaitu sekitar pertengahan Ogos 2010, saya telah ke Hospital Tunku Tun Aminah di Johor Bahru kerana menemankan isteri untuk membuat pemeriksaan ulangan biasa. Setelah menghantarnya di pintu masuk poliklinik hospital tersebut, saya terus memandu untuk mendapatkan lokasi letak kereta dan saya terpaksa meletak kereta di tempat yang agak jauh. Dalam perjalanan untuk kembali ke klinik, saya telah ternampak seseorang.
Melalui renungannya saya seakan-akan mengenalinya tetapi saya tidak berapa pasti siapa. Apabila dia tersenyum dan menghulurkan tangan maka sahlah bahawa beliau sememangnya rakan yang bertugas sebagai pemandu teksi di Ulu Tiram. Ulu Tiram merupakan tempat saya berkerja tidak lama dulu dan beliau ini adalah merupakan salah seorang yang selalu menghantar saya ke Johor Bahru jika saya hendak ke sana. Saya amat hairan apabila melihat perubahan yang telah berlaku kepadanya. Beliau kelihatan begitu kurus jauh berbeza dengan susuk tubuhnya dahulu.
"Memang saya kurus. Saya mengidap penyakit buah pinggang sejak beberapa tahun dan berulang untuk melakukan dialisis" Saya amat bersimpati terhadap apa yang telah dilaluinya. Sering kali apabila saya berjumpa dengan pesakit buah pinggang saya akan mendapati mereka agak kurus dan pucat walau pun ada juga yang kulit mereka berubah menjadi gelap.
Saya cuba mendapatkan cerita dari rakan tersebut tentang bagaimana beliau merasakan beliau telah mengidap penyakit tersebut. Beliau menjelaskan "Pada suatu masa dulu saya tiba-tiba mendapati kaki dan muka saya menjadi sembab dan saya juga mengalami masalah sukar kencing, apabila membuat pemeriksaan doktor saya telah diberitahu bahawa buah pinggang saya telah mengalami kerosakan ". Saya teringat kepada beberapa kes penyakit seperti ini yang melibatkan bengkak dan sembab pada anggota badan. Seorang rakan saya yang baru saja meninggal dunia juga telah mengalami masalah yang sama. Ibu mertua saya juga mengalami gangguan berkenaan. Jadi para pembaca, berhati-hatilah jika ada bahagian tubuh badan kita yang mengalami bengkak atau sembab. Ada kemungkinan ianya berpunca dari kerosakan dan gangguan buah pinggang.
Rakan saya menambah, "Saya telah mengidap kencing manis dan darah tinggi sejak 10 tahun yang lalu dan kerap datang ke hospital untuk mengambil pil-pil dan saya sentiasa patuh untuk mengambil ubat tersebut mengikut jadual".
Begitu juga ibu mertua dan Allahyarham ayahenda saya yang begitu patuh mengikuti jadual pemakanan ubat kencing manis dan darah tinggi. Ibu mertua saya mengambil hampir 20 biji sehari sejak beberapa lama dahulu. Tiada sesiapa yang berani berhenti mengambilnya kerana para doktor sering menasihatkan bahawa ubat berkenaan mesti diambil sehingga bila-bila (sehingga ke akhir hayat?).
Apa yang menyedihkan ialah hampir kebanyakan pesakit kencing manis dan darah tinggi memang terus mengambil ubat tersebut hingga ke akhir hayat. Mereka terus memakannya, namun penyakitnya bukan semakin pulih malah kesihatan masing-masing semakin merosot yang akhirnya menyebabkan kegagalan buah pinggang yang amat kronik. Tidak kurang yang kaki mereka terpaksa dipotong walau pun telah mengambil ubat kencing manis sejak sekian lama. Jika difikir-fikirkan apakah gunanya kita mengambil ubat sedemikian dan ubat berkenaan tidak membantu apa-apa dalam mengembalikan kesihatan kita?
Saya pernah menonton penerangan seorang doktor dari Singapura (tidak ingat siapa) yang menyatakan dengan hanya meminum banyak air kita dapat membantu memulihkan keadaan buah pinggang yang terganggu diperingkat awal. Amalan itu hendaklah dilaksanakan dengan istiqamah. Di Jepun pula, satu kajian oleh pakar di sana telah menunjukkan bahawa amalan meminum air masak setiap pagi iaitu ketika sebelum berkumor dan menggosok gigi boleh membuahkan sesuatu yang positif. Mereka dapat membentuk jadual prosedur perbandingan jumlah air dan tempoh amalannya dengan penyakit apa yang dapat disembuhkan termasuklah kecing manis dan darah tinggi.
Percaya atau tidak bahawa kebanyakan gangguan tubuh adalah disebabkan kekeringan dan kekurangan air dan oksigen. Faktanya telah diamati oleh seorang doktor yang dipenjara pada masa perang di Iraq. Oleh kerana tiada sebarang ubat untuk diberi kepada sesiapa maka doktor berkenaan hanya menggunakan air sebagai bahan penyembuh. Menurut beliau seseorang yang kekeringan tubuh badannya boleh mendapat gangguan mental termasuk stres dan bertolak dari itu ianya boleh menular kepada migrain. Doktor ini juga mengubat pesakit iaitu rakan-rakan banduannya dengan hanya memberi mereka air dan jumlah air yang diberi bergantung kepada gangguang yang dihadapi. Pelbagai penyakit telah dirawati dengan jayanya termasuklah gangguan cika perut (sakit perut). Saya sendiri tidak lagi gemar mengambil Panadol jika terdapat gangguan pening kepada, saya cuma meminum air sebanyak 3 gelas. Selepas itu saya akan rasakan penurunan gangguan pening berkenaan secara perlahan-lahan.
Dalam sebuah buku yang menuliskan tentang pengalaman banduan bertaraf doktor berkenaan, pengarangnya menyatakan bahawa industri perubatan telah melibatkan suatu jumlah transaksi yang amat besar sehingga mencapai "Trilion Dollars". Semua kilang dan industri, unit pemasaran, bahagian R&D mereka mempunyai kemewahan besar yang keuntungannya sentiasa dikongsi bersama. Setiap sektor yang terlibat saling sokong menyokong sehingga ianya sampai kepada peringkat akar umbi, Bayangkan jika seorang doktor berkata kepada pesakitnya "Jangan berhenti makan ubat ini sampai bila-bila!" Adakah pesakit berani untuk berhenti mengambilnya? Oleh kerana produk yang dihasilkan terus dambil oleh pelanggannya sampai bila-bila maka industri berkenaan akan berkekalan sampai bila-bila walau pun ianya tidak membantu kearah penyembuhan gangguan kesihatan yang dihidapi oleh mereka. Saya belum menyentuh bagaimana industri dialisis memberi pendapatan lumayan kepada sesetengah usahawan dari kalangan doktor?
Saya sendiri ialah seorang yang dikatakan sebagai pengidap darah tinggi kerana tekanan melebihi normal. Saya diminta mengambil ubat tertentu mengikut jadual. Walau pun saya mengambilnya, gangguan seperti pening kepala masih juga berlaku. Apabila saya mendapati bahawa air boleh membantu mengurangkan tekanan maka saya meninggalkan amalan mengambil pil berkenaan dan bertukar kepada amalan meminum air kerap dan banyak. Berkaitan dengan air ini, kajian yang dibuat di sebuah universiti di barat bahawa air kelapa dapat membantu dalam menurunkan tekanan darah malah ianya merupakan penawar yang mujarab. Kajian dilakukan dengan memberi minuman air kelapa muda kepada sekumpulan orang dan membandingkan hasil kajian dengan kumpulan lain yang diberikan air biasa. Didapati subjek yang meminum air kelapa mengalami penurunan tekanan darah yang amat ketara.
Selain dari mengamalkan meminum air masak dan air kelapa, saya juga telah mula mengamalkan meminum sesudu kecil madu untuk diambil pada waktu subuh. Madu memang terkenal dengan fungsi perubatannya kerana ianya terdiri dari pelbagai protin, vitamin dan mineral dan lain-lain yang dibawa oleh lebah dari beratus-ratus bunga-bungaan yang berkhasiat. Saya tidak mengambil madu lebah peliharaan, tetapi saya mendapatkan bekalan "Madu Tualang" dari hutan Pahang. Madu Tualang ialah madu yang diambil dari pokok hutan yang tinggi. Lebah di kawasan ini mengumpul debunga dari pokok hutan yang amat berkhasiat.
Jika kita mengamalkan pengambilan air yang banyak termasuk air kelapa dan mengamalkan meminum madu pula maka isnyaAllah kesihatan biologi kita akan menjadi lebih baik berbanding dengan pengambilan bahan-bahan yang menyebabkan kesan sampingan yang parah.
Ada bahagian lain yang saya tidak dapat tuliskan kerana melibatkan kandungan yang panjang. Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana air dan air beroksigen menjadi penawar yang hebat sehingga menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk kanser, maka ikutilah pautan di sini
Satu kajian telah dijalankan di sebuah universiti negara barat di mana sekumpulan kanak-kanak telah diberikan gula kapas yang diletak di atas meja masing-masing. Fasitator ujian berkenaan meminta semua kanak-kanak untuk tidak menyentuh apa lagi memakan gula-gula tersebut. Jika mereka mengikut arahan dan bersabar maka mereka akan diberikan hadiah berupa gula kapas yang dua kali ganda banyaknya. Fasilitator kemudiannya meninggalkan bilik untuk melihat gelagat setiap kanak-kanak melalui kamera tersembunyi.
Didapati bahawa sejurus selepas pengkaji itu keluar bilik maka ramai kanak-kanak yang terus memakan gula berkenaan. Ada juga yang sabar sediki untuk menunggu beberapa minit dan kemudian memakannya. Terdapat kanak-kanak yang sangat sabar dan tidak memakannya dan menunggu sehingga fasilitator kembali menemui mereka. Bagi mengesahkan komitment maka kanak-kanak yang dapat bertahan telah diberikan gula-gula seperti yang telah dijanjikan.
Tidak setakat itu sahaja, latar belakang dan sikap kanak-kanak sabar ini dikaji dan didapati mereka kerap berjaya di dalam bidang yang ditempuhi berbanding dengan kanak-kanak lain. Kemudiannya, pengkaji ini telah memeriksan data latar belakang orang-orang yang berjaya di dalam hidup mereka terutama di dalam bidang akademik adalah merupakan seorang kanak-kanak yang amat tekun dan penyabar semasa kecilnya.
Jika demikian keadaannya maka, kajian ini telah membuktikan apa yang telah dinyatakan di dalam hadith Rasulullah bahawa "Sabar itu separuh dari Iman", manakala Al-Quran kerap menunjukkan bahawa seseorang yang beriman sebenarnya menempah kejayaan di dunia dan akhirat. Kejayaan di dalam perspektif Islam bukan bermakna kejayaan akademik semata-mata kerana ada dari kalangan mereka yang berkelulusan tinggi tetapi gagal di dalam hidup. Tidak kurang mereka yang berijazah tetapi terus menganggur akibat sikap yang tidak sesuai dengan kehendak organisasi.
Kesabaran adalah amat penting di dalam memperteguhkan iman kerana penghayatan sifat berkenaan memberi perspektif bahawa kita ikhlas dengan taqdir Tuhan. Kita bukan terdiri dari orang yang "bergulut" untuk mengejar sesuatu, atau orang yang kelam-kabut takut kerugian. Jika kita sabar otot-otot tubuh badan kita menjadi "relax" sehingga tidak langsung kelihatan kerut-kerut di dahi tanda "probematik".
Bulan Puasa Ramadhan ini merupakan bulan kita berlatih untuk mempertingkat darjah kesabaran dengan berpuasa makan minum, rangsangan dan minda. Mudah-mudahan Allah naikkan darjat kita kepada mereka yang mudah menuju kejayaan di dunia dan akhirat.
"Sebahagian dari Budak-budak TAP bergambar dengan Bos MdeC"
Salam,
Budak-budak TAP, itulah gelaran yang penulis berikan kepada rakan-rakan hebat yang berumur sekitar awal atau pertengahan 20han yang bersama-sama menghadiri pelbagai program yang dianjurkan oleh Multimedia Development Coorporation (MDeC). TAP bermaksud Technoprenuer Acedamy Program, suatu pakej program yang dicetuskan oleh MdeC sebuah jabatan di bawah MSC (Multimedia Supercoridor).
"Siapa yang tidak kenal MSC?" Satu entiti yang mempromosi teknologi ICT yang terkemuka di seluruh dunia bertempat di Malaysia. MSC merupakan salah satu pemacu ekonomi Malaysia di dalam bidang teknologi.
Budak-budak TAP - mereka telah diberikan kursus berkaitan dengan penghasilan produk kreatif dan inovatif dan diberi tugasan untuk merangka "business model", jadual perlaksanaan (timeline) produk dan jangkaan keperluan bantuan. Ketika hendak mendapatkan bantuan berkenaan mereka terpaksa membuat pembentangan sebanyak dua kali di hadapan ahli panel profesional. Pembentangan pertama adalah merupakan sesi selama 15 minit dengan sesi soal jawab selama setengah jam. Setelah berjaya melepasi ujian hebat tersebut, jika melepasi standard tertentu maka mereka dijemput pula untuk memperbaiki persembahan dan menyampaikannya sekali lagi pada "pitch session" yang mahukan persembahan perancangan perniagaan selama 5 minit sahaja dengan sesi soal jawab yang lebih kritikal. Persembahan kedua itu dijalankan di ibu pejabat MDeC di Universiti Multimedia, Cyberjaya.
"Rik: Antara Sifu penting bagi Budak-budak TAP"
Kumpulan budak-budak yang dimaksudkan ini juga, adalah merupakan kalangan pemuda dan pemudi yang mempunyai idea berkaitan ICT yang bombastik. Mereka diminta menubuhkan syarikat sendirian berhad yang kemudiaannya dibantu oleh MDeC untuk memulakan operasi penghasilan prototaip produk. Mereka melakukan "brainstorming" bagi mencetuskan konsep dan idea bagi merekacipta suatu prototaip produk yang bakal meletup di pasaran ICT. Pihak kerajaan melalui MDeC bukan sahaja memastikan bahawa bantuan yang diberikan akan membolehkan prototaip dihasilkan dalam jangkamasa 1 tahun, malah menyediakan konsultan di dalam bidang perniagaan yang turut sama membantu mereka bagi membolehkan produk berkenaan masuk ke pasaran. Selain dari itu mereka juga dibimbing dari segi pengurusan perniagaan agar membolehkan syarikat yang telah ditubuhkan oleh mereka bergerak mengikut lunas-lunas yang menepati budaya perniagaan yang sebenar.
Penulis tidak dapat memperincikan apakah prototaip produk yang bakal dihasilkan kerana ianya mlibatkan faktor kerahsiaan dan perundangan. Apa yang dapat disimpulkan ialah jenis produk yang dihasilkan ialah bersifat kreatif dan inovatif. Adakah anda juga seorang yang kreatif dan inovatif?
Salam,
Pada satu hari di sekitar tahun 70 han, penulis telah membeli sebuah buku yang cukup menarik di Central Store Johor Bahru. Pada masa itu kedai buku ini merupakan salah satu kedai menjual buku,majalah dan alatulis yang sentiasa dikunjungi orang.
Buku berkenaan menceritakan bagaimana kita boleh berjaya dalam bidang perniagaan dengan menggunakan Sistem Pos. Apa yang menarik ialah kehebatan penulisnya yang sering menunjukkan kebenaran dakwaannya itu melalui pelbagai statistik. Beliau dapat menunjukkan bahawa perniagaan melalui pos ialah suatu perniagaan paling berjaya di Amerika. Menurutnya seorang yang ingin menceburkan diri di dalam perniagaan ini tidak memerlukan kedai atau ruang pejabat tetapi boleh bermula dari rumah sahaja. Buku berkenaan memberi panduan dan tip-tip yang boleh diikuti di dalam menjayakan sistem perniagaan melalui pos.
Apa yang menarik ialah, penulis pada waktu itu baru sahaja menamatkan penulisan sebuah buku berjudul "Bagaimana mendapatkan dan memenangi hati kawan!". Tajuk buku berkenaan mengambil sempena buku oleh Dale Carnergie berjudul "How to Win Friends and Influence People" Siapa yang tidak kenal Dale yang merupakan seorang pakar dalam bidang Motivasi dan Kemasyarakatan?
Buku tulisan dan terbitan sulung itu penulis mulanya dijual melalui sistem pos dengan bantuan seorang sahabat yang tertarik dengan idea di atas . Selain dari itu, penulis juga meletaknya untuk dijual secara konsainmen di kedai-kedai di sekitar Johor Bahru. Badan Book Store (Badan Cemerlang - pada masa ini) merupakan kedai buku yang telah menjual sebanyak 50 naskah dalam masa 2 minggu! Penulis merasa bangga kerana ada juga orang hendak membaca tulisan pertama ini. Jadi bertolak dari menjual secara pos, penulis juga berjaya menjualnya secara biasa. Apa yang menariknya dan mengejutkan ialah ada seorang gadis yang ingin berjumpa penulis untuk berbincang mengenai dirinya yang mempunyai masalah untuk mengambil perhatian rakan setelah membaca iklan di akhbar mengenai buku ini. Dia menyangka bahawa penulis juga ada memberi "coaching' secara peribadi!
Pokok bicara di sini ialah, semua yang terlibat di atas termasuk penulis sedang 'menjual' apa yang dinamakan dengan "infobiz". Infobiz bermaksud "Info" iaitu maklumat dan "biz" bermaksud "business" atau bisnes. Menjual infobiz bermakna menjual maklumat tentang "cara" atau "teknik" untuk membuat bisnes. Penulis buku pertama menjual cara buat bisnes kaedah pos, Dale dan penulis (Sysalq) menjual cara mempengaruhi untuk mendapatkan kawan dan mempengaruhi mereka melalui buku yang dijual. Semuanya termasuk dalam kumpulan menjual "teknik", "How to" atau "Bagaimana".
Di Youtube, ada banyak video yang berjudul "How to" yang dimuatnaik oleh pengunjungnya.Jika kita melakukan "search" maka pelbagai "How to" yang akan dipaparkan. Video semudah "bagaimana memasukkan telur ke dalam botol" sehingga kepada "bagaimana mengintip perbualan telefon mudah alih" ada dipaparkan. Video berkenaan boleh menghasilkan pendapatan jika di terbitkan di loaksi yang tepat. Begitu juga artikel di dalam akhbar, majalah dan buku-buku.
Manusia mempunyai perasaan ingin tahu. Mereka sentiasa ingin membetulkan orientasi perspektif mereka bagi menfaat diri masing-masing selain dari untuk tidak ketinggalan. Mereka meneroka alat-alat yang boleh menghubungkan minda mereka dengan informasi. Maka sebab itulah buku-buku, akhbar,majalah dan dewasa kini internet sangat diminati oleh hampir setiap orang. Di kolej dan Universiti ianya menjadi "jantung" kepada kehidupan harian warganya! Malah institusi berkenaan merupakan entiti yang sentiasa kerjanya 'menjual' informasi mengenai "how to!!!"
Kenapa tidak kita menjadi sebahagian dari individu yang terlibat untuk menawarkan informasi kepada golognan sasaran dan menghasilkan pendapatan. Belum cuba, belum tahu!